28 April 2013
Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia (JCM), Ng Lum Yong berkata, parti itu sebenar terdesak dan cuba membuat sesuatu yang boleh meraih undi masyarakat Melayu semata-mata.
"DAP hanya sekadar mahu test market kepada golongan Melayu sama ada memihak kepada mereka atau tidak. Mereka mahu undi Melayu, kerana itu DAP guna logo Pas. Kita tidak perlu percaya semua itu," katanya.
Menurutnya, sebahagian besar masyarakat Cina tidak faham apa itu Pas, dan adalah mustahil DAP mahu menggunakan logo parti berkenaan.
“Orang ramai perlu buka mata melihat tindak tanduk DAP yang suka bersandiwara dan sewajarnya tidak perlu sokong parti ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini.
Lum Yong yang juga antara pengasas PKR berkata, penduduk di sini sudah muak dengan taktik serta janji dilemparkan pakatan pembangkang selama ini.
“Saya katakan begini kerana saya tahu jenis mereka ini. Mereka suka manipulasikan fakta untuk kepentingan mereka,” katanya.
Sementara itu, Ketua MCA cawangan Dangi, Lim Ba Ba berkata, kehadiran Lum Yong di kawasan ini bertepatan kerana membuka mata pengundi Cina tentang taktik pakatan pembangkang.
“Kita mahu masyarakat Cina menolak pakatan pada PRU kali ini supaya BN terus diberi mandat. Dulu, beliau (Lum Yong) rapat dengan Anwar Ibrahim. Sebab itu, dia tahu selok belok dan perangai pemimpin pembangkang itu," katanya.


0 Komen