28 April 2013
Shaziman beramah mesra bersama warga pendidik sempena Majlis Anugerah Kualiti 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas.
Shaziman berkata, kerajaan tidak pernah sesekali mengabaikan nasib kakitangan kerajaan baik dari segi perjawatan, kenaikan gaji dan kemudahan bagi manfaat golongan berkenaan.
Menurutnya, nasib pesara kerajaan juga dijamin kerajaan BN kerana pesara menerima bayaran pencen bersesuaian, malah ada melebihi nilai gaji sebenar berbanding pencen yang diterima di usia emas.
“Malah, ibu saya berusia 88 tahun yang tidak pernah pergi ke pejabat dan berkhidmat dalam kerajaan juga sehingga kini masih menerima pencen arwah ayah saya yang meninggal awal 1981 melebihi gaji sebenar arwah ayah saya merupakan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
“Atas dasar itu, kakitangan kerajaan dan pesara diharap akan terus bersama kerajaan dalam membawa transformasi diperkenalkan kerajaan BN.
“Bukan bila orang nyanyi lagu Ubah kita senang-senang ikut sedangkan makna ubah itu kita sudah perkenalkan sebelum ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Kualiti 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas, di sini,
Pada majlis berkenaan, seramai 160 individu menerima anugerah kecemerlangan peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tampin.
Hadir sama, calon BN bagi kerusi Dun Gemas, Abd Razak Said.


0 Komen