29 April 2013
Aishah
Itu kata calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Jempol, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad ketika mengulas lanjut kenyataan Wan Aishah Wan Ariffin bahawa ramai di antara rakyat Jempol masih miskin ketika berkempen dan menziarahi pengundi, baru-baru ini.
Mohd Isa berkata, kerajaan di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) sudah lama membantu mereka yang tergolong dalam kategori miskin dan usaha untuk tujuan tersebut tidak pernah dihentikan termasuklah di Negeri Sembilan khususnya.
Menurutnya, dalam dunia ini ada orang miskin, namun bilangan kemiskinan tegar di Malaysia sudah berkurangan bahkan terlalu kurang.
“Program membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang tergolong dalam kategori miskin ini masih berjalan, dia (Aishah) pun tidak ada idea untuk mengatasi hal ini, setakat bagi hamper tidak akan selesaikan masalah.
“Konsep negara berkebajikan juga telah lama diamalkan oleh BN, pembangkang pula baru hendak buat. Mereka terikut-ikut, begitulah,” katanya.
Manakala dalam perkembangan lain, Mohd Isa berkata, dia percaya 95 peratus masyarakat Orang Asli menyokong BN dan sokongan itu diberikan dari dahulu lagi.
“Sebelum ini semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ahli Parlimen Jempol, sokongan masyarakat mereka tidak pernah berbelah bahagi.
“Jadi saya mahu mereka bersatu hati untuk sentiasa bersama kita (BN) supaya kesinambungan dan usaha sebelum ini dapat diteruskan dengan menaik taraf segala infrastruktur di perkampungan masyarakat Orang Asli,” katanya ketika berucap semasa berkempen di perkampungan masyarakat Orang Asli Batu Peti, Rompin baru-baru ini.


0 Komen