24 April 2013
Tanaletchumy bersama Ravi (kiri) dan Daniel menyaksikan pertandingan tiga penjuru di Port Dickson.
Doktor gigi ini merupakan calon wanita tunggal MIC yang diberikan amanah oleh barisan tertinggi parti untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) di Dun Port Dickson sekali gus menentang penyandangnya Ketua PKR Cabang Telok Kemang, M Ravi.
Tanaletchumy yang merupakan Ketua Wanita MIC Negeri Sembilan merangkap Ketua Wanita MIC Telok Kemang adalah anak kelahiran Port Dickson. Wanita MIC ini selain ditentang oleh penyandang Adun Port Dickson dia juga perlu bersaing dengan calon Bebas yang menggunakan logo buku, S Daniel.
Ini bermakna Dun Port Dickson menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada PRU13 mengulangi sejarah PRU12.
Tanaletchumy berkata, beliau akan meletakkan sepenuh khidmat baktinya untuk masyarakat di Dun Port Dickson.
“Sebagai calon tunggal Wanita MIC pastinya ia akan memberi kelebihan kepada pengundi wanita kerana akan ada pelbagai program dan aktiviti akan diwujudkan bagi manfaat golongan itu.
“Tetapi pada masa yang sama pengundi dan golongan lelaki juga tidak akan diabaikan ini kerana pembangunan dan kesejahteraan yang akan dilaksanakan di Port Dickson adalah seiring dan selari tanpa mengira perbezaan agama, bangsa dan peringkat umur,” katanya.
Beliau juga mengakui dalam menyertai 'peperangan’ dan menjadi jentera di barisan hadapan pada PRU13 ini mempunyai cabarannya tersendiri.
“Itu lumrah dalam arena politik, ada yang kata Port Dickson kini menjadi kawasan kuat PKR, namun itu tidak mematahkan semangat saya malah dijadikan simbolik kekuatan untuk terus berjuang memastikan kerusi yang selama ini milik BN dirampas kembali.
Tanaletchumy berkata, sejak hari penamaan calon, gerak kerja berkempen dilakukan di segenap kawasan tanpa memilih sama ada ia kawasan kuat BN atau sebaliknya.
PORT DICKSON – Pencalonan Dr P Tanaletchumy, 53, di Dun Port Dickson meletakkan beliau sebagai calon boleh menang di kerusi yang sebelum ini dimenangi orang kuat PKR.
“Saya yakin dengan jentera parti dan semua parti komponen BN lain yang bertungkus-lumus melakukan gerak kerja mendekati pengundi dan membina semula kepercayaan rakyat kepada BN,” katanya.
“Klinik saya di Seremban masih beroperasi seperti biasa dan ada doktor lain yang uruskan di sana. Saya bekerja dan fokus untuk kemenangan BN di sini,” katanya.


0 Komen