22 April 2013
Eric Er (dua, kiri) dan Kamal Adli (tiga, kiri) bersama pengurus YES memotong riben merasmikan cawangan ke-15 YES Support Services Sdn Bhd di Kipmart Lavender, Senawang, semalam
YES @ Kipmart Lavender itu merupakan rangkaian cawangan pertama di negeri ini selepas memiliki 14 cawangan di Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.
Majlis perasmian itu disempurnakan Pengurus Besar, Eric Er bersama duta YES iaitu pelakon popular, Kamal Adli.
Eric berkata, lokasi Senawang dipilih kerana yakin mampu berkembang pesat dan Kipmart Lavender berpotensi menjadi pusat gajet dan elektronik terkemuka.
“Kunci utama bagi kami untuk berjaya adalah dengan menyediakan servis terbaik dan dalam memastikan kami menjadi peneraju utama produk 3C (Computer, Communications dan Consumer – Electronic).
“Dengan kunci utama, kami memperkenalkan konsep ‘Touch & Feel’ di semua rangkaian cawangan bagi memastikan semua pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan dan produk kami,” katanya pada pemberita selepas Majlis Perasmian YES @ Kipmart Lavender Senawang, di sini, semalam.
Menurutnya, pihaknya bercadang membuka rangkaian cawangan ke-16 di Batu Berendam, Melaka pada Ogos nanti.
“Kita menyasarkan untuk membuka cawangan di negeri yang masih belum mempunyai cawangan YES,” katanya.


0 Komen