Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Dadah dalam guni ubi kentang

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 19 April 2013


KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
19 April 2013
Dadah dalam guni ubi kentang
Khazali (kiri) menunjukkan dadah jenis ketamin yang berjaya dirampas.
 
NILAI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas dadah jenis ketamin seberat 84 kilogram dianggarkan bernilai RM3.36 juta dalam guni ubi kentang yang cuba diseludup melalui jalan laut.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pihaknya bertindak atas maklumat orang ramai menahan sebuah kontena di Pelabuhan Klang pada petang Selasa lalu, kerana disyaki membawa dadah.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati, sembilan daripada 280 guni ubi kentang yang ditempatkan di ruang belakang dalam kontena itu berisi dadah.

“Dalam setiap guni terbabit mengandungi satu karung berwarna coklat yang di dalamnya terdapat bungkusan berisi bahan kristal dipercayai dadah jenis ketamin,” katanya kepada pemberita pada sidang media di JKDM Cawangan Narkotik Ibu Pejabat, Jijan, di sini, semalam.

Khazali berkata, kontena membawa dadah tersebut tiba dari Pelabuhan Kolkata, India membawa barang dagangan diikrarkan kepada kastam sebagai ubi kentang yang diimport oleh satu syarikat pengimport di Malaysia.

“Siasatan awal dengan pihak wakil penghantaran pula menunjukkan, ini adalah kali pertama syarikat berkenaan melakukan urusan pengimportan.

“Susulan penemuan itu dan hasil kerjasama dengan wakil penghantaran, kita menahan seorang warga tempatan berusia 37 tahun yang bekerja sebagai pengurus di syarikat pengimport terbabit,” katanya.

Katanya, suspek disiasat bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati mandatori.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jumlah kes penyeludupan dadah yang berjaya ditangani oleh pihaknya setakat ini, Khazali berkata, mulai Januari hingga Mac tahun ini, sebanyak 44 kes rampasan dadah dilakukan melibatkan nilai RM39 juta.

“Justeru, kerjasama orang ramai amat diperlukan dan sesiapa mempunyai maklumat berkaitan penyeludupan boleh menghubungi JKDM di talian 1-800-88-8855 atau 06-7917792,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook