Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Hasrat jadi calon Bebas terkubur

Dikirim oleh Warieh Ahad, 21 April 2013


Wartawan Sinar Harian
21 April 2013
Hasrat jadi calon Bebas terkubur
Sashi Kumar menunjukkan ceknya yang tersalah tulis di bahagian penerima, yang sepatutnya ditulis atas nama Pengarah Pilihanraya Negeri, bukan kepada SPR.
 
SEREMBAN -  Seorang calon Bebas yang berhasrat ingin bertanding di Dun Mambau tidak kesampaian, apabila borang permohonan bagi penamaan calonnya ditolak oleh Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kawasan Parlimen Rasah, semalam.

Pegawai Pengurus SPR kawasan Parlimen Rasah, Hasnul Muhamed berkata, permohonan R Sashi Kumar, 35, terpaksa ditolak berikutan terdapat kesilapan teknikal dalam cek yang diserahkan kepada SPR, sebagai deposit.

Katanya, calon telah membawa duit melalui draf bank namun tersalah tulis apabila calon meletakkan nama Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai penerima.

“Sepatutnya, dalam bank draf tersebut, dia seharusnya meletakkan nama Pengarah Pilihan Raya Negeri sebagai penerima bukan SPR seperti yang tercatat dalam cek itu.

“Oleh sebab itu, kita terpaksa menolak permohonannya untuk menjadi calon yang bertanding pada PRU13 ini,” katanya ketika ditemui di Kompleks Pejabat Daerah Seremban, di sini, semalam.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook