21 April 2013
Abdul Aziz bergambar bersama dua calon yang akan ditentangnya di Parlimen Rembau iaitu Khairy (tengah) dan Radzali.
Abdul Aziz yang bertanding di Parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti, akan ditentang calon Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin dan calon PKR, Radzali A Ghani.
Abdul Aziz yang bekerja sebagai pengajar sekolah latihan memandu di Tampin berkata, dirinya memang terpanggil untuk bertanding di Parlimen Rembau.
“Saya tidak percaya akan konsep parti, tetapi saya percaya akan konsep umat. Yang punya kuasa adalah ALLAH SWT. Mana yang terbuka hati undilah saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Ketika ditanya dorongan memilih untuk bertanding, katanya yang berasal dari Kampung Penajis, Chengkau, semuanya bermula pada keinginan dan kehendak ALLAH SWT daripada keinginan itu timbul rasa minat.
“Kemudiannya ada rasa semangat untuk bertindak dan daripada itu saya terus mengambil keputusan untuk bertanding,” katanya.


0 Komen