Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Padah pencemaran sisa toksik

Dikirim oleh Warieh Ahad, 14 April 2013

Padah pencemaran sisa toksik
KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
14 April 2013
Padah pencemaran sisa toksik
Masalah kulit sebegini turut dialami oleh segelintir penduduk di Felda Sendayan.
Padah pencemaran sisa toksik
Azizah menunjukkan pokok-pokok yang mati bahana bintik-bintik kuning.
NILAI - Penghuni Felda Sendayan, di sini, gusar berikutan pusat pelupusan sisa toksik berhampiran menghasilkan pencemaran yang menyebabkan kesan buruk terhadap kesihatan.

Penduduk mendakwa, tahap kesihatan mereka sering terjejas akibat bau busuk dan asap pelbagai warna dilepaskan premis itu yang wujud sejak 15 tahun lalu.

Salah seorang penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 33, berkata, hampir 10 tahun dirinya menderita masalah kulit yang serius dan keadaan bertambah teruk setiap kali dia berpeluh lantaran gatal tidak terhingga.  

“Saya mula alami masalah ini selepas bekerja selama tiga bulan di pusat pelupusan itu suatu masa dahulu. Selain itu, penyakit saya akan berulang apabila terhidu bau gas toksik di rumah, hampir setiap malam.

“Saya sudah puas berulang alik ke hospital dan bermacam-macam ubat telah dicuba, namun tetap tidak sembuh sepenuhnya,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Penduduk turut alami batuk berpanjangan

Sementara itu, Norhamimah Yasin, 52, berkata, selaku suri rumah, mereka lebih tertekan kerana terpaksa membersihkan kekotoran berbentuk cairan kuning berbintik-bintik.

“Setiap kali asap jingga dilepaskan, seluruh persekitaran akan dipenuhi bintik-bintik kuning dan paling kerap menjadi mangsa adalah kenderaan, dinding serta bumbung rumah.

“Lebih menyedihkan, pokok-pokok juga banyak yang mati akibat terkena bahan tersebut,” katanya.

Azizah Hassan, 56, ditemui pula menjelaskan, penduduk kini mengalami batuk berpanjangan tanpa mengira cuaca dan musim semenjak premis terbabit beroperasi.

“Keadaan sebegini membuatkan kita takut hendak membawa kanak-kanak terutamanya bayi bersiar-siar di sekitar kampung kerana dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan mereka,” katanya.
    
Manakala Saparudin Mohd Yasin, 64, pula berharap satu analisis atau kajian saintifik dapat dibuat oleh pihak tertentu bagi mengukur sejauh manakah tahap pencemaran di situ demi kebaikan penduduk. 

“Kebimbangan kita semakin memuncak selepas dimaklumkan tidak lagi selamat untuk mendiami kawasan ini oleh beberapa petugas pusat pelupusan berkenaan,” katanya.

PR tak sambung konsesi jika menang PRU13

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Anthony Loke yang turut hadir membuat lawatan ke Felda Sendayan semalam berkata, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menyambung semula konsesi pusat pelupusan sisa toksik terbabit jika mereka menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini nanti.

“Seandainya kita diberi kepercayaan untuk mentadbir negeri ini, maka kita berjanji tidak akan memperbaharui lesen premis berkenaan yang tamat pada 2015.

“Bagaimanapun, kita tetap mengambil berat nasib pekerja di situ, Justeru, ada kemungkinan operasi pusat pelupusan tersebut akan dipindahkan ke tempat lain, jauh dari kawasan penempatan,” katanya.

Mengulas tentang aduan segelintir penduduk di situ yang mendakwa mengalami masalah kesihatan akibat pencemaran dilepaskan oleh premis terbabit, Loke berkata, agak sukar untuk membuktikannya.

“Kita tidak boleh tuduh sembarangan, berikutan tiada kajian terperinci dijalankan sebelum ini bagi mengesahkan penduduk benar-benar jatuh sakit disebabkan pencemaran dari premis itu.

“Bagaimanapun sedikit sebanyak, kita kecewa dengan kerajaan negeri terdahulu kerana gagal mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan penduduk di sini,” katanya.

Menurut Anthony, walaupun premis berkenaan berjaya dipindahkan kelak, analisis saintifik masih perlu dijalankan untuk mengenal pasti kesan jangka panjang radiasi sisa toksik terhadap ekologi alam sekitar di situ.

“Selain itu, kita juga menyeru setiap penduduk yang mengalami masalah kesihatan serius akibat terhidu gas dari pusat pelupusan terbabit supaya tampil membuat pendedahan,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook