16 April 2013
Keadaan van dipandu mangsa dalam kemalangan di Kilometer 231.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), semalam.
Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, Azman, 40-an, yang memandu van tersepit di tempat duduk pemandu, sementara kelindannya, Tommy, 30-an, tidak mengalami kecederaan serius.
Najib berkata, rakannya itu kelihatan dalam keadaan lemah, terdiam dan menutupkan kedua-dua belah matanya semasa dibawa keluar oleh anggota bomba selepas tersepit susulan terbabit dalam kemalangan.
“Jika diikutkan rakan saya ini dalam perjalanan dari Batu Berendam, Melaka ke Kuala Lumpur untuk menghantar muatan batu akuarium bernilai sebanyak RM6,000. Kini, rakan saya dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut," katanya.
Susulan kejadian itu, sepasukan lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Mohd Yusoff Samad dikejarkan ke lokasi kejadian.
Mohd Yusoff berkata, pihaknya mengambil masa selama kira-kira 10 minit bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.
“Susulan perlanggaran antara van dan treler itu, tangan mangsa yang tersepit berkemungkinan patah. Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa dikejarkan ke HTJ untuk rawatan lanjut," katanya


0 Komen