Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


BN perlu sokongan kaum India

Dikirim oleh Warieh Selasa, 16 April 2013


Wartawan Sinar Harian
16 April 2013
BN perlu sokongan kaum India
Adnan (dua, kiri) menyampaikan bantuan kepada penerima di Dewan Kemas Kuala Pilah.
KUALA PILAH – Masyarakat India perlu menolak pihak tertentu sekiranya datang untuk menghasut dan menyeru supaya tidak memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Pilah, Adnan Abu Hassan berkata, sokongan masyarakat India diperlukan untuk membantu kemenangan BN pada PRU13 ini.

“BN membuktikan kejayaan dan kecekapan dalam mentadbir negara selama 50 tahun serta memiliki pengalaman.

“Seperti kali ini, pelbagai bentuk bantuan telah dihulurkan kepada mereka yang memerlukan. Pelbagai bangsa dapat menerima bantuan ini meskipun mereka tinggal di kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perjumpaan bantuan kepada masyarakat India di Dewan Pejabat Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kuala Pilah.

Hadir sama, ahli kelab Penyokong BN India Kuala Pilah.

Adnan berkata, kerajaan sentiasa menyokong dan membantu sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

“Jika mereka mahu mengubah nasib mereka, pelbagai skim dan program disediakan kerajaan kepada masyarakat India. Kerajaan tidak pernah pinggirkan mereka.

“Suka saya ingin mengajak masyarakat India supaya terus bersatu padu dan memegang erat hubungan antara mereka dan kerajaan. Tidak perlu beri kepercayaan kepada mereka yang belum pasti untuk mentadbir negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ribuan berterima kasih terhadap sokongan yang diberi masyarakat India kepadanya ketika berkhidmat sebagai Adun Pilah.

“Saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa perkhidmatan lima tahun sebagai wakil rakyat di sini. Diharapkan hubungan ini kekal sepanjang masa.

“Saya percaya pimpinan BN sentiasa membela nasib dan kemajuan nasib masyarakat India,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook