Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Risalah politik: Ada pihak perguna Sinar Harian

Dikirim oleh Warieh Jumaat, 26 April 2013


Wartawan Sinar Harian
26 April 2013
Risalah politik: Ada pihak perguna Sinar Harian
Abd Razak menunjukkan risalah kempen politik didapati dalam akhbar Sinar Harian yang dibelinya kelmarin
JEMPOL - Bahang pilihan raya umum yang sedang hangat sekarang menyebabkan ada pihak mengambil kesempatan terhadap Sinar Harian apabila menyelitkan risalah parti politik ke dalam akhbar terbabit sebelum dijual.
Tindakan yang dikesan berlaku di sekitar Felda Palong 3,4,5 dan 6 itu, kelmarin mengundang tanda tanya penduduk mengenai pendirian akhbar telus dan tulus ini, sehingga ada antara mereka menghubungi pihak Sinar Harian untuk mendapatkan kepastian.
Seorang penduduk, Abd. Razak Sani, 64, yang menyedari perkara itu berkata, dia terkejut apabila mendapati risalah berkenaan diselitkan dalam akhbar yang sememangnya melaporkan berita seimbang, sekaligus mengundang persepsi sama ada Sinar Harian turut berkempen dengan memihak mana-mana parti politik.
“Saya beli akhbar ini di sebuah kedai runcit dekat pusat bandar Felda Palong 4, 5 & 6 sekitar jam 11.30 pagi semalam (kelmarin).
Saya terkejut melihat terdapat risalah politik diselitkan di dalamnya.
“Cara ini tidak betul dan saya percaya ada individu ambil kesempatan terhadap akhbar Sinar Harian.
Kalau ia berbentuk iklan yang dibeli dan diuruskan pihak syarikat, kita tak bantah sebab itu hak mereka," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.
Bagi mendapatkan kepastian, Abd.Razak kemudian menghubungi skuad Jempol kelmarin sebelum dimaklumkan Sinar Harian tidak pernah membenarkan mana-mana parti politik menyelitkan risalah berbentuk kempen dalam akhbar yang hendak dijual kepada pembaca.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Rokiah Md.Dom, 63, berkata, adalah tidak wajar pihak berkenaan mengambil kesempatan terhadap akhbar Sinar Harian ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sedang rancak berlangsung.
“Saya adalah pembaca setia Sinar Harian. Kita mahu akhbar ini kekal berkonsepkan telus dan tulus,” katanya.
Difahamkan, risalah berkenaan membabitkan kempen terhadap calon Pakatan Rakyat (PR).
Selain itu, ia turut menampilkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh, sekaligus mengundang rasa kurang senang penduduk

2 Komen

  1. Tanpa Nama Says:
  2. Kalu org pakatqn xleh blako, tp umno 24 jam guna semua media boleh pulok?adil ko gitu??????????? Takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

     
  3. Tanpa Nama Says:
  4. Kalu org pakatqn xleh blako, tp umno 24 jam guna semua media boleh pulok?adil ko gitu??????????? Takbir!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook