Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Tiga calon baharu MCA rebut DUN kalah

Dikirim oleh Warieh Khamis, 18 April 2013


SEREMBAN 17 April - Sebanyak tiga muka baharu ditampilkan oleh MCA untuk merebut semula tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Parlimen Seremban yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-12.
Pembantu Penerangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Titan Ho Kok Yew, 40, akan bertanding di DUN Lobak menggantikan Siow Koi Voon yang tewas kepada wakil DAP, Loke Siew Fook.
Beliau yang pertama kali dicalonkan berkata, gelombang kuat Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum akan datang bukan sahaja dinanti-nantikan rakyat, malah dalam kalangan ahli BN sendiri.
"Walaupun kebanyakan muka-muka baharu yang dicalonkan terdiri daripada golongan belia, ini bukan bermakna pemimpin veteran dalam parti diketepikan.
"Inilah masanya untuk pemimpin baharu dan lama bergabung tenaga melahirkan idea-idea baharu dalam memastikan BN menang dalam PRU-13," katanya di sini hari ini.
Sementara itu, calon muda, Jason Lee Kee Chong, 35, akan bertanding di DUN Temiang untuk kali kedua selepas tewas kepada calon DAP dalam pilihan raya umum lalu.
Katanya, dia berterima kasih kerana diberi kepercayaan oleh BN untuk bertanding semula.
"Meskipun tewas saya tidak pernah berhenti memberi perkhidmatan dan menjalankan kerja-kerja sosial yang memberi manfaat kepada rakyat khususnya penduduk di Temiang.
"Ini ialah peluang kedua untuk saya menunjukkan kepada rakyat pemilihan saya ini adalah keputusan yang betul dan saya tidak akan mensia-siakanya," katanya.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha MCA negeri dan Penyelaras BN DUN Temiang turut yakin muka-muka baharu khususnya calon yang terpilih daripada golongan muda akan memberikan impak dalam memastikan kemenangan BN kelak.
Sementara itu, Datuk Yeow Chai Thiam yang bertanding di Parlimen Seremban berkata, beliau berkeyakinan BN akan berjaya memenangi hati rakyat dalam pilihan raya umum kali ini.
"Walaupun MCA tewas di beberapa tempat, kita tidak harus menyerah kalah sebaliknya harus jadikannya semangat untuk bekerja lebih kuat lagi.
"Saya sangat berpuas hati dengan pemilihan calon-calon yang baharu ini. Dengan adanya para pemimpin yang baharu kita harap keyakinan rakyat terhadap BN dapat dikembalikan," katanya.
Seorang lagi muka baharu ialah Ahli Majlis Perbandaran Nilai (MPN), Gan Chee Biow, 47, yang telah dicalonkan untuk DUN Nilai.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130418/ws_04/Tiga-calon-baharu-MCA-rebut-DUN-kalah#ixzz2QmSkikM5
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook