Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Penduduk tetap setia bersama Barisan Nasional

Dikirim oleh Warieh Khamis, 18 April 2013


JEMPOL 17 April - Sokongan penduduk terhadap Barisan Nasional (BN) tidak akan berubah walaupun parti itu mengumumkan dua muka baharu bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bahau dan Jeram Padang.
Seorang penduduk, Mohd. Hezri Mat Isa, 28, dari Kampung Lonek dekat Bahau menjelaskan, isu calon baharu yang kononnya tidak mempunyai pengalaman sebenarnya tidak timbul kerana calon yang diumumkan merupakan mereka yang terbaik dalam kalangan yang baik.
''Saya akan mengundi di DUN Bahau dan saya tahu calonnya ialah Dr. Yee Mee Faa daripada MCA.
''Dia memang dikenali oleh penduduk di sini kerana khidmatnya sebagai doktor perubatan dan saya tidak melihatnya sebagai satu masalah kepada BN kerana semua kaum dapat menerima beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Seorang lagi penduduk, Muhamad Rozi Raas, 30, menyifatkan calon di DUN Jeram Padang, L. Manickam juga adalah pilihan pengundi kerana karektornya yang mesra rakyat.
''Dia adalah seorang guru penolong kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Mansor di situ dan baktinya kepada rakyat sudah banyak terutama dalam akademik selain mempunyai pengalaman luas dalam politik.
''Walaupun menggantikan Datuk VS Mogan yang beralih ke Parlimen Telok Kemang, Manickam akan meneruskan legasi kemenangan BN di Jeram Padang," tegasnya.
Sementara itu, Ketua Parti Barisan Progresif India (IPF) Jempol, R. Nadarajan 49, percaya kedua-dua muka baharu itu adalah individu berkelayakan dan pengundi perlu mengiktiraf kewibawaan mereka.
''Kita tahu Jeram Padang akan ditandingi tiga penjuru selepas ada seorang calon Bebas, Zailani Zakaria menyatakan hasrat untuk bertanding.
''Percayalah, pengundi akan memilih BN kerana kejayaan dalam pelbagai dasarnya khususnya dalam aspek membangunkan insan dan kesejahteraan mereka," tegasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130418/ws_05/Penduduk-tetap-setia-bersama-Barisan-Nasional#ixzz2QmSNqpNk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook