Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Kuala Pilah tampil barisan orang lama bertanding PRU-13

Dikirim oleh Warieh Khamis, 18 April 2013


SEREMBAN 17 April - Kerusi dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah tidak berubah melainkan bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah yang menyaksikan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Norhayati Omar kembali bertanding selepas digugurkan dalam pilihan raya umum lalu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Datuk Hasan Malek berkata, selain beliau akan mempertahan kerusi Parlimen Kuala Pilah, tiga Exco di Parlimen itu turut kekal mempertahankan kerusi masing-masing.
Mereka katanya, ialah Datuk Mohammad Razi Kail (DUN Juasseh), Datuk Abd. Samad Ibrahim (DUN Seri Menanti) dan Datuk Ismail Lasim (DUN Senaling).
Walau bagaimanapun, tambah beliau, DUN Johol menampilkan calon muka baharu iaitu Ketua Penolong Pengarah Pusat Pengajian Sains Dakwah di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Mohd. Fadzil Abu Kasim.
"Di Kuala Pilah, kita mempunyai pasukan 'orang lama' yang amat baik. Kali ini Norhayati kembali bertanding di DUN Pilah. Saya percaya pengaruh orang lama dalam arena politik BN di Kuala Pilah ini masih kuat dan mendapat sokongan mantap pengundi," katanya selepas majlis pengumuman calon BN di kediaman rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah, strategi yang dilakukan calon BN kali ini adalah berdasarkan pengalaman dalam politik masing-masing.
Sebagai calon berpengalaman, Hasan turut menasihatkan calon tidak terpilih tidak berkecil hati.
"Marilah bersama-sama berjuang untuk parti dan menyatakan sokongan sebagaimana orang lain yang tidak terpilih dahulu, yang telah banyak memberikan sokongan kepada kita. Usahlah dirosakkan parti BN ini ketika suasana baik rakyat dapat menerima kehadiran BN di hati mereka," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130418/ws_06/Kuala-Pilah-tampil-barisan-orang-lama-bertanding-PRU-13#ixzz2QmRtIKD4
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook