9 Mei 2013
Tertuduh dibawa keluar untuk menjalani hukuman penjara dan sebatan oleh anggota polis.
Hakim, Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman berdasarkan pengakuan bersalah tertuduh, Ebenezer Kingsley, 21, serta penelitian terhadap fakta kes, rayuan dan pendakwaan.
Ebenezer yang juga pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dekat Mantin, dituduh mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan minimum 10 sebatan.
Tertuduh sebelum ini menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39B (2) akta yang sama kerana mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 181.4 gram yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, tertuduh bernasib baik apabila Mahkamah Tinggi meminda pertuduhan dari mengedar ke memiliki selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan tertuduh terbabit dalam pengedaran dadah tetapi berjaya membuktikan tertuduh memiliki dadah.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala tertuduh diwakili oleh Peguam B G Jayaprakash Rao.
SEREMBAN – Seorang warga Nigeria dijatuhi hukuman 15 tahun penjara dari tarikh tangkapan dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pindaan memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 181.4 gram pada 26 Januari 2011.


0 Komen