9 Mei 2013
Pegawai Khas Satu kepada Pengerusi Risda, Muhd Suhaimin Mamat (tengah) menyampaikan bantuan kepada penerima.
Pengarah Risda negeri, Zainon Harun berkata, ia melibatkan kawasan seluas 6,100 hektar yang akan dibangunkan dalam program berkenaan pada tahun ini.
“Sebanyak RM46 juta disediakan, di mana peruntukan ini diagihkan mengikut Pejabat Risda Daerah (PRD) masing-masing yang menyaksikan PRD Negeri Sembilan Barat menerima sebanyak RM7,399,000.73, manakala PRD Kuala Pilah pula mendapat RM8,497,402.
“Selain itu, turut menerima bantuan sebanyak RM7,706,855 adalah PRD Negeri Sembilan Selatan. Bagi PRD Jempol, sejumlah RM22,768,615 diberikan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Tanam Semula dan Kelulusan Program Aktiviti Ekonomi Tambahan, di sini, petang semalam.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak RM230,000 diperuntukkan kepada pekebun kecil atau anak mereka yang membabitkan diri dalam industri kecil sederhana (IKS) melalui skim Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET).
“Bagi tahun ini, seramai 23 penerima diberikan bantuan berbentuk alatan keperluan bernilai RM10,000 setiap seorang.
“Bagaimanapun, hanya pekebun kecil yang terlibat dalam Program Tanam Semula getah sahaja layak memohon skim ini,” katanya.
Mengulas Skim Takaful Khairat Kematian Berkelompok Risda bagi pekebun kecil yang baru diperkenalkan, Zainon berkata, ia dapat melindungi mereka sekiranya terjerumus kejadian tidak diingini semasa berkebun.
SEREMBAN - Risda memperuntukkan sebanyak RM46 juta bagi menjayakan Program Tanam Semula getah serta beberapa pembangunan lain khusus untuk pekebun kecil.


0 Komen