28 Mei 2013
Seorang penduduk melihat keadaan mayat Mohd Finizam sebelum dibawa ke Hospital Jempol.
Keadaan pacuan empat roda dan motosikal yang dinaiki mangsa.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Hamzah Alias berkata, ketika kejadian sekitar jam 9.10 malam, mangsa Mohd Finizam Abd Samad, 27, membonceng motosikal jenis Honda Ex5 yang ditunggangi rakannya, Mohd Haiqal Najmi berusia 15 tahun dari Felda Serting Hilir.
Menurutnya, motosikal yang ditunggang dua sahabat itu dipercayai tidak mempunyai lampu dan ketika itu mereka sedang membawa besi buruk.
"Ketika tiba di tempat kejadian, pemandu pacuan empat roda itu iaitu seorang lelaki berumur 35 tahun tidak menyedari di hadapannya ada sebuah motosikal.
"Pemandu itu hanya menyedari mangsa dengan jarak 10 meter dan cuba mengelak daripada merempuh mereka, namun gagal," katanya.
Hamzah berkata, akibat rempuhan itu, Mohd Finizam tercampak masuk ke dalam longkang sebelah jalan sebelum disahkan maut di tempat kejadian susulan cedera parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan lain.
"Manakala Mohd Haiqal pula terjatuh ke bahu jalan, namun sempat dikejarkan ke Hospital Jempol untuk rawatan lanjut tetapi disahkan maut sekitar jam 3.30 pagi, semalam.
"Jenazah Mohd Finizam juga dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarganya tengah hari, semalam," katanya.
Katanya, pemandu pacuan empat roda itu sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada hari kejadian kira-kira jam 11. 23 malam.
"Kes ini disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika mengesahkan kejadian itu, semalam.
0 Komen