Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Fobia ke klinik

Dikirim oleh Warieh Khamis, 30 Mei 2013


Nurulatiq Ahmad Bandi
30 Mei 2013
Fobia ke klinik
Mohd Saidi menyerahkan cek insurans berkelompok kepada Suriah.
PORT DICKSON – "Akak masih fobia untuk ke Klinik Kesihatan Pasir Panjang kerana semasa arwah suami terlibat dalam kejadian itu, dia dirawat di situ," kata balu kepada anggota Rela yang maut dalam kemalangan senjata api pada 27 April tahun lalu.

Suriah Yahaya, 45, berkata, selepas dirawat, arwah suaminya, Hamidon Idris, 44, disahkan disahkan meninggal dunia.

“Sebenarnya sehingga kini kadangkala akak masih tidak percaya arwah pergi meninggalkan kami, namun akak reda dan menganggap ia adalah ujian daripada Allah SWT," katanya ketika ditemui pada majlis bacaan doa selamat di rumahnya, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Suriah turut menerima insurans berkelompok yang disampaikan Pegawai Rela Daerah, Leftenan Kolonel Rela, Mohd Saidi Mohd Shariff.

Suriah berkata, pemergian arwah suaminya mengubah kehidupannya bersama tiga anaknya, Norhamizah Najma, 12, Nurshahmie, 10, dan Mohd Romadhan, 6.

"Saya tidak bekerja dan pendapatan keluarga hanya bergantung kepada wang pencen arwah suami.

“Wang insurans ini akan digunakan sebaik mungkin terutamanya untuk pendidikan anak-anak. Ini sebenarnya rezeki untuk mereka (anak-anak) dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban saya,” katanya.

Dalam pada itu, Suriah berkata, kejadian yang menimpa arwah suaminya itu berlaku pada Jumaat.

"Saya mendapat tahu mengenai kejadian itu pada waktu Maghrib daripada seorang biras. Ketika itu, akak ingat arwah suami hanya tertembak pada kakinya sahaja dan sebelum ke Klinik Kesihatan Pasir Panjang, akak mengajak anak-anak semua menunaikan solat Maghrib dahulu.

“Namun ketika solat, akak berasa sayu dan dapat merasakan arwah suami meninggal dunia dan itu benar-benar terjadi," katanya.

Sementara itu, Mohd Saidi berkata, arwah Hamidon yang juga Ketua Platun Rela Kampung Sungai Raya merupakan seorang ketua yang sangat komited dengan pasukannya.

“Arwah Hamidon menganggotai Rela sejak lebih 10 tahun lalu dan kehilangan beliau sangat dirasai pasukan,” katanya.

Menurutnya, sebagai anggota Rela yang aktif di dalam pasukan, arwah layak untuk menerima insurans.

“Arwah Hamidon merupakan seorang pencarum dan walaupun proses untuk mendapatkan insurans tersebut agak lama tetapi ia berbaloi kerana sekurang-kurangnya dapat membantu balu serta anak-anaknya.

“Majlis bacaan doa selamat juga diadakan sempena menyampaikan cek dengan harapan silaturahim yang dibina sepanjang arwah Hamidon bersama Rela akan berterusan,” katanya.

Katanya, selain itu, seorang lagi anggota Rela di Site C Tanah Merah turut menerima insurans berkelompok.

“Penerima, S Gunalan, 33, terlibat dengan kemalangan jalan raya pada tahun lalu,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook