30 Mei 2013
Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM Port Dickson, Zulida Zulkifli berkata, bayi perempuan yang diberi nama ‘Irdina’ oleh kakitangan JKM Port Dickson itu berusia satu bulan setengah berada dalam keadaan sihat dan berbangsa Melayu.
“Irdina seorang bayi yang baik, mudah dijaga dan jarang sakit.
“Pihak kami berharap agar waris ‘Irdina’ datang menuntut dan segala masalah boleh diselesaikan segera dengan menghubungi JKM Port Dickson,” katanya.
Zulida berkata, jika bayi itu tidak dituntut, JKM akan menyerahkannya kepada keluarga angkat yang akan ditentukan oleh JKM mengikut prosedur permohonan.
“Sesiapa yang ada maklumat berkenaan waris bayi ini boleh menghubunginya pegawai JKM Port Dickson di talian 06-6471920,” katanya.
Katanya, kejadian penemuan bayi ini adalah kali pertama di Port Dickson dalam tempoh tiga tahun beliau bertugas di sini.
Bayi yang ditemui orang awam dalam keadaan baru dilahirkan itu dihantar ke Hospital Port Dickson dan berita penemuannya disiarkan akhbar ini pada 16 April lalu.
0 Komen