Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Gadis maut terjatuh dari tingkat lima

Dikirim oleh Warieh Khamis, 9 Mei 2013


Wartawan Sinar Harian
9 Mei 2013
NILAI - Seorang gadis warga Nigeria menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat lima kediaman pelajar sebuah kolej swasta di Mantin, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 22 tahun yang telah menuntut di kolej berkenaan sejak setahun lalu meninggal dunia selepas terjatuh kerana cuba menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, semasa insiden berlaku, mangsa bersama rakan sebilik sedang tidur nyenyak.

“Mangsa terjaga secara mengejut selepas terhidu bau asap yang berpunca daripada aktiviti penyemburan cegah aedes.
“Menyangka bangunan didiami terlibat dalam kebakaran, mangsa dan rakan sebilik yang lain bergegas melarikan diri sebelum tergelincir ketika cuba menuruni anak tangga,” katanya.

Yusoff berkata, keadaan permukaan lantai yang licin akibat penyemburan asap tersebut menyebabkan mangsa hilang keseimbangan badan lantas merempuh bidai tangga sehingga terhumban ke bawah.

“Tiada unsur jenayah justeru, kes dikategorikan sebagai mati mengejut,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, seorang wanita India berusia 46 tahun ditemui mati seorang diri di kediamannya dekat Flat Nilai Perdana, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian lebih kurang jam 6.10 petang itu, mangsa dijumpai dalam keadaan tergantung oleh anak lelakinya berusia lingkungan 20-an yang baru pulang ke rumah.

“Kejadian ini diklasifikasikan  membunuh diri dan disiasat mengikut Seksyen 306 Kanun Keseksaan, berikutan tiada unsur jenayah ditemui,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook