8 Mei 2013
Ain diberikan bantuan awal selepas motosikal yang ditungganginya melanggar seekor lembu, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu, mangsa, Nor Ain Alwi, 21, mengadu sakit di bahagian pinggang sementara rakannya yang dikenali sebagai Alin, tidak cedera.
Kakak mangsa, Nor Maidatul Natasha, 22, berkata, dia mendapat panggilan daripada Alin yang menyatakan mereka baru sahaja terbabit dalam kemalangan sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
“Ketika itu, saya dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Pedas Perdana dan sebaik sampai di lokasi kemalangan, saya lihat adik masih lagi terbaring di jalan. Adik juga mengadu sakit pinggang.
“Adik kemudiannya dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi rawatan lanjut, sementara Alin tidak cedera,” katanya.
REMBAU – Seorang remaja cedera apabila motosikal yang ditunggang bersama rakannya melanggar seekor lembu di Kampung Pedas Hilir berhampiran bulatan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, petang kelmarin.


0 Komen