16 Mei 2013
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu menyebabkan tingkap belakang rumah Leaw Kok Chan, 38, hampir terbakar akibat bom berkenaan yang dibaling tepat mengenai tingkap.
Kok Chan berkata, sewaktu kejadian, beliau dan keluarga tidak berada di rumah kerana mempunyai urusan di bandar Seremban.
“Kira-kira 2 petang, jiran menghubungi dan memberitahu saya terdapat asap di tepi rumah dan meminta supaya saya segera pulang.
“Setibanya di rumah, api telah pun terpadam dengan sendiri. Mungkin bom petrol itu tidak cukup kuat untuk ia bertahan lama. Bagaimanapun, hanya sebahagian tingkap sahaja yang musnah dan perlu dibaiki,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Kok Chan berkata, terdapat sebungkus beg plastik yang mengandungi cat berwarna merah yang dicampak di bahagian laman rumah.
“Mungkin individu tersebut mahu mencampakkan cat itu di dinding tapi tidak kena. Hanya bom petrol itu sahaja yang mengenai tepat di tingkap,” katanya.
Menurutnya, beliau tidak pasti punca dilakukan sedemikian memandangkan beliau tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa atau meminjam wang dengan ah long.
“Bagaimana perkara ini boleh terjadi pun saya tidak pasti. Setahu saya jika kejadian melibatkan cat merah sebegini, pasti ada kaitan dengan ah long,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Mantin, kira-kira 5 petang semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusof Awang mengesahkan menerima laporan tersebut dan menurutnya, polis kini sedang melakukan siasatan.
0 Komen