21 Mei 2013
Dalam kejadian kira-kira jam 12 pagi itu, mangsa, A Tiruvarasu, 31, maut serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang memandu bersendirian dari arah Kuala Lumpur dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bahru Sikamat.
“Namun, sebaik sahaja sampai di lokasi, kereta dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan merempuh lereng bukit.
“Rempuhan kuat itu mengakibatkan kereta mangsa remuk teruk sekali gus menyebabkannya maut serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala,” katanya.
Menurutnya, pasukan bomba dan penyelamat terpaksa mengambil masa beberapa minit mengeluarkan mangsa yang tersepit di bahagian tempat pemandu.
Jurucakap polis turut memberitahu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut sebelum dituntut ahli keluarganya bagi urusan pengebumian.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu.
0 Komen