Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Nasib Karim akhirnya dapat perhatian

Dikirim oleh Warieh Rabu, 29 Mei 2013


Wartawan Sinar Harian
29 Mei 2013
Nasib Karim akhirnya dapat perhatian
Nik Anuar (tengah) bertanya sesuatu kepada Abdul Karim ketika melawat rumahnya di Jalan Temiang, semalam. Turut kelihatan, Adnan (kanan).
SEREMBAN – Sehari selepas kisahnya tersiar dalam Sinar Harian, nasib seorang bekas anggota tentera berpangkat koperal yang terabai akhirnya mendapat perhatian Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), semalam.

Pengarah JHEV, Mejar Nik Anuar Nik Man membuat kunjungan ke kediaman Abdul Karim Ali, 53, semalam  dan mengesahkan bekas anggota tentera itu layak menerima bantuan.

Menurut Nik Anuar, JHEV akan mendapatkan bantuan sara hidup untuk bekas anggota tersebut memandangkan kehidupannya kini sangat daif.

“Setelah melihat sendiri keadaan bekas anggota ini, saya dapati dia layak menerima bantuan sepatutnya daripada jabatan kita.

“Buat masa ini, kita akan usahakan supaya dia dapat bantuan sara hidup melibatkan bayaran secara bulanan akan diberi kepadanya sebanyak maksimum RM300 mengikut keadaan," katanya kepada Sinar Harian semasa melawat bekas anggota tentera itu di rumahnya dekat Jalan Temiang, di sini, semalam.

Turut serta dalam lawatan tersebut, Naib Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) negeri, Adnan Ahmad.

Nik Anuar berkata, Abdul Karim perlu mengemukakan buku perkhidmatan dan dokumen berkaitan untuk diserahkan kepada jabatan berkenaan sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Selain bantuan kewangan, katanya, pihaknya juga akan cuba dapatkan bantuan tempat tinggal selepas melihat rumah didiami Abdul Karim tidak selesa.

Malah, pihaknya akan pertimbangkan untuk membina sebuah rumah untuk Abdul Karim dengan syarat mesti mempunyai tapak tanah rumah sendiri.

“Kita tidak mahu mendirikan rumah di tanah hak milik orang lain kerana kita bimbang apabila rumah siap nanti, dia pula dihalau keluar kerana itu bukan tanahnya.

“Bagaimanapun, jika dia tidak mempunyai sebarang tanah, kita akan usaha untuk mendapatkan bantuan  perumahan rakyat termiskin agar dia boleh pindah keluar daripada rumah terbiar ini, sekaligus menjalani kehidupan dengan lebih baik” katanya.

Beliau turut berpesan kepada mana-mana bekas anggota tentera yang mempunyai masalah supaya mendapatkan khidmat nasihat serta rundingan daripada JHEV atau berhubung dengan mana-mana cawangan PBTM untuk sebarang bantuan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook