Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Bersara jika ada pengganti

Dikirim oleh Warieh Rabu, 29 Mei 2013


Wartawan Sinar Harian
29 Mei 2013
Bersara jika ada pengganti
Manaf mengunting rambut pelanggan tetapnya, Kamarudin.
KOTA – Walaupun usianya sudah mencecah 74 tahun, namun itu bukan penghalang kepada Manaf Ibrahim untuk meneruskan kerjayanya sebagai tukang gunting rambut tradisi di Pekan Kota, dekat sini, dan khidmatnya masih dicari oleh pelanggan tetapnya.

Manaf berkata, segala-galanya bermula daripada ilmu yang diperoleh daripada seorang penduduk di Chengkau yang dipanggil sebagai Pak Ndak Karim.

Menurutnya, dia mempelajari cara mengunting rambut seawal usia 17 tahun dan sepupunya menawarkan dia untuk berhijrah ke Singapura seawal usia berkenaan bagi mengunting rambut tentera.

“Selama hampir 23 tahun pakcik mengunting rambut tentera di Singapura, pakcik akhirnya pulang ke Tanah Melayu kerana pada masa itu berlaku peristiwa besar yang memisahkan Singapura dengan Tanah Melayu.

“Bagaimanapun, ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat pakcik untuk meneruskan kerjaya mengunting rambut kerana jiwa pakcik sudah sebati dengan kerjaya ini.  Jika orang lain memilih kerjaya yang lebih dikenali, pakcik pula nekad menyara keluarga hingga ke saat ini dengan rezeki mengunting rambut,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kedai Gunting Rambut, Pekan Kota, dekat sini, semalam.

Manaf berkata, sejak 1977, dia sudah memulakan perniagaan mengunting rambut di Pekan Kota dan lokasi berkenaan masih kekal hingga ke hari ini serta sering dikunjungi oleh pelanggan tetapnya.

Bagaimanapun menurutnya, dia agak berat untuk meninggalkan kerjaya sebagai tukang gunting rambut di pekan berkenaan memandangkan masih lagi tidak mempunyai pengganti berbangsa Melayu bagi mewarisi kemahiran berkenaan.

“Jika ada orang Melayu yang menawarkan diri untuk belajar mengunting rambut dengan saya dan meneruskan perniagaan saya ini, saya bersedia untuk berhenti. Bagaimanapun, jika masih tiada, saya akan teruskan kerjaya ini.

“Walaupun saya akui pelanggan makin berkurangan kerana mereka melihat saya sudah tua ataupun tangan saya yang sedikit menggeletar, namun saya yakin pelanggan tetap akan terus menerus mahukan saya mengunting rambut mereka," katanya.

Sementara itu, seorang pelanggannya, Kamarudin Itam, 75, dari Kampung Batu berkata, dia sudah lebih 10 tahun menjadi pelanggan tetap Manaf dan sangat berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan.

“Bila saya datang dan duduk,  Manaf sudah tahu apa yang perlu dibuatnya. Saya yakin ramai lagi pelanggan setia Manaf yang sanggup datang dari jauh bagi mengunting rambut kerana sudah selesa dengan Manaf," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook