Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pengunjung cemarkan Pantai Telok Kemang

Dikirim oleh Warieh Isnin, 27 Mei 2013


Wartawan Sianr Harian
24 Mei 2013
Pengunjung cemarkan Pantai Telok Kemang
Seorang pengunjung berjalan kaki di sebelah longgokan sampah di Pantai 3 Telok Kemang.
TELOK KEMANG – Sikap tidak bertanggungjawab segelintir pengunjung Pantai Telok Kemang yang membuang sampah sesuka hati dilihat antara faktor utama kawasan peranginan berkenaan kerap kotor.

Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pengurusan Awam (PPSPPA) Negeri Sembilan, Mohd Azhar Abd Hamid berkata, dalam satu operasi pembersihan pantai awal minggu ini mendapati sikap pengunjung pantai yang tidak membersihkan unggun api sebelum pulang dan membiarkan sampah-sampah seperti sisa makanan, botol
plastik dan tin minuman mencemarkan kawasan sekitar pantai.

“Pengunjung dinasihatkan membuang sampah ke dalam tong yang disediakan dengan membungkus sampah ke dalam beg plastik sampah serta diikat kemas sebelum dibuang ke dalam tong disediakan di sepanjang kawasan pantai berkenaan.

“Perkara ini penting yang mana orang ramai diminta memberikan kerjasama dan bertanggungjawab menjaga kebersihan pantai," katanya kepada Sinar Harian di sini.

Mohd Azhar berkata, sejak beberapa minggu lalu, kawasan pantai Telok Kemang mendapat perhatian bagi kerja pembersihan disebabkan fenomena air pasang besar yang berlaku di sepanjang minggu ini membawa banyak sampah sarap ke bahagian tambakan di sepanjang pantai.

Sementara itu, pengusaha bit sewa Telok Kemang Amizan Mat, 53, berkata, beliau kesal apabila Pantai 3 Telok Kemang yang baru siap ditambak kira-kira sebulan lalu tercemar dengan sampah, sama ada dibawa dari terjahan ombak mahupun sikap pengunjung sendiri.

“Masalah ini mencacatkan pemandangan di sini, sehinggalah disebabkan terlalu banyak sampah, kami peniaga yang terpaksa bertindak menyapu dan mengumpul sampah," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook