Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Kilang berusia 20 tahun musnah

Dikirim oleh Warieh Isnin, 27 Mei 2013


SARINAH MAT KASIM
24 Mei 2013
Kilang berusia 20 tahun musnah
Anggota bomba bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.
SEREMBAN – Sebuah kilang membuat peralatan perabot di Kampung Dato' Wong Seng Chow, Sikamat, dekat sini musnah dalam kebakaran, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu, hampir 40 peratus keseluruhan bangunan kilang yang berusia 20 tahun itu musnah.

Ketua Zon Seremban, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Penguasa Kanan Bomba II Rashid Ismail berkata, seramai 40 anggota membabitkan lima jentera bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, masing-masing membabitkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 dan Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, manakala satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, katanya, sebahagian kawasan tengah premis tersebut telahpun terbakar.

“Melalui siasatan awal, kita dapati kebakaran mula berlaku di ruang tengah bangunan kilang itu yang mempunyai tujuh blok kesemuanya.

“Bagaimanapun, empat blok kilang tersebut berjaya diselamatkan, manakala tiga lagi hangus termasuk ruang pejabat yang berada di bahagian tengah kilang,” katanya.
Beliau berkata, bomba terpaksa menggunakan teknik pengawalan menggunakan 10 hos pancutan bagi mengawal api daripada terus merebak, serta menggunakan sumber air dari dua kolam berhampiran yang disedut dengan pam angkut.
"Tiada sebarang kecederaan dan kehilangan nyawa yang terjadi dalam kebakaran itu. Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, pemilik kilang, Yam Wai Chay, 44, berkata, ketika kejadian itu dia berada di luar berjumpa kawannya sebelum dikejutkan panggilan dari pekerjanya mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, walaupun mengalami kerugian, dia lega kerana tiada pekerja yang cedera.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook