Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pesara polis sakit jantung lepas kemalangan

Dikirim oleh Warieh Isnin, 27 Mei 2013


Wartawan Sinar Harian
25 Mei 2013
Pesara polis sakit jantung lepas kemalangan
Mangsa yang mendapat serangan jantung dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan lanjut.
SEREMBAN –  Seorang pesara polis mengalami serangan jantung sejurus kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Siamang Gagap, dekat Sikamat, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 50-an itu memandu kereta jenis Perodua Kancil dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sekitar bandar ini.

Menurut sumber, kereta yang dipandu mangsa telah dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Kelisa dari arah belakang.

“Kedua-dua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan itu namun beberapa minit kemudian mangsa secara tiba-tiba mengadu sakit dada.

“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan membawa mangsa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sumber berkata, mangsa disahkan mengalami serangan jantung dan kini dilaporkan stabil.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook