31 Mei 2013
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.20 malam itu menyaksikan rumah kedai yang menjalankan dua perniagaan berbeza iaitu menjual peralatan sembahyang kaum India dan salun dandanan rambut hangus dijilat api.
Ketua Operasi, Zainal Ahmad berkata, dua jentera bomba membabitkan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dikejarkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.31 malam.
“Sejurus tiba, kita dapati api sedang marak dan perlu mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk dikawal, sebelum dapat dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh 30 minit.
“Kita berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke kedai bersebelahan, bagaimanapun segala harta benda yang berada pada tingkat bawah premis berkenaan musnah,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Zainal berkata, jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM200,000, manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.
“Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan berikutan premis berkenaan tidak berpenghuni semasa kebakaran berlaku,” katanya.
0 Komen