26 Mei 2013
Pembeli pangsapuri Seremban Putra gembira apabila memperolehi kunci kediaman pada majlis penyerahan kunci, semalam.
Pengarahnya, Mohd Ridhwan Hamzah berkata, terdapat 220 unit pangsapuri masih belum dijual daripada 400 unit ditawarkan dengan harga bermula dari RM68,500.
“Bagaimanapun, kita telah menjual sebanyak 180 unit pangsapuri mampu milik kepada orang ramai membabitkan empat blok,” katanya.
Menurutnya, projek perumahan berkonsepkan ‘bina dan jual’ itu siap sepenuhnya pada 2011 dan mendapat sijil layak menduduki (CF).
“Ia merupakan projek pertama menghubungkan bandar dan desa bersesuaian dengan tema ‘Suasana Keceriaan Dipinggir Kota, Pengalaman Indah di Sekitar Desa'," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Unit-unit pangsapuri Seremban Putra kepada pembeli, di sini, semalam.
Hadir sama, Penasihat Segi Semarak Sdn Bhd, Datuk Hamzah Mohd Kassim.
Seremban Putra merupakan pangsapuri mampu milik bersaiz dari 849 sehingga 900 kaki persegi dengan harga bermula dari RM68,500 hingga RM113,950 membabitkan penjualan 400 unit pangsapuri.
Ia dilengkapi dengan lif, kawalan keselamatan 24 jam dan lanskap yang menarik.
Seremban Putra hanya tiga kilometer dari bandar Seremban, lima minit ke Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) dan 20 minit ke Lebuh Raya Utara - Selatan (Plus), selain berdekatan dengan Kolej Tafe, Institut Perguruan Raja Melewar, Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa dan beberapa sekolah rendah dan menengah lain.
mcm mana nk beli?