10 Jun 2013
Salah seorang ahli keluarga itu, Husin Jinum, 46, berkata, semua 12 ahli keluarganya tinggal di rumah pusaka tersebut dan segala aktiviti harian dijalankan di ruang tamu.
“Dalam rumah ini ada tiga keluarga, segalanya terhad. Kami juga terpaksa memasak di luar rumah.
“Jika diikutkan pada awalnya memang tidak selesa, tetapi selepas difikirkan anak-anak dan menantu tiada tempat, kami sepakat tinggal bersama," katanya.
Bagaimanapun, penderitaan keluarga itu berakhir apabila mendapat bantuan daripada Baitulmal Negeri Sembilan yang membina tiga lagi bilik tidur.
Isterinya, Joriah Abdullah, 44, berkata, dia begitu gembira apabila pihak Baitulmal Negeri Sembilan sudi membantu keluarganya, namun sama sekali tidak menyangka impian untuk memperoleh rumah lebih selesa tercapai.
Sementara itu, Pegawai Zakat Baitulmal negeri, Zainal Said berkata, selain keluarga Husin seorang lagi warga emas, Esah Abdullah, 70-an turut mendapat perhatian daripada Baitulmal.
Katanya, Esah tinggal bersama seorang cucu lelaki berumur 22 tahun dan rumahnya dibaik pulih dengan kos sebanyak RM13,000 manakala Husin RM14,000.
“Duit zakat Baitulmal ini bukan hanya diagihkan menerusi pelbagai program, namun turut disalurkan bagi menaik taraf rumah mereka yang betul-betul layak,” katanya.
0 Komen