Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Samun bawa pedang samurai

Dikirim oleh Warieh Isnin, 10 Jun 2013


NOR AINNA HAMZAH
10 Jun 2013
Samun bawa pedang samurai
Kedai milik Siew Mei yang dirompak. Gambar kecil: Pipi kanan Sathiaraj bengkak akibat dilempang.
REMBAU – Seorang pemilik kedai runcit dan pekerjanya berdepan detik mencemaskan apabila premis perniagaan mereka di pekan Pedas, dekat sini, diserang dua penyamun bertopeng, salah seorang daripadanya memegang pedang samurai.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang kelmarin, Lee Siew Mei, 41, berada di kaunter sebelum dua penjenayah berkenaan tiba-tiba menyerbu kedai yang kebetulan tiada pelanggan akibat hujan lebat.

Menurutnya, sebaik ternampak lelaki bertopeng itu, dia yang terkejut menjerit meminta tolong, bagaimanapun dilempang penyamun yang berang akan tindakannya itu.

"Saya bergegas lari menyelamatkan diri ke belakang kedai sebelum dikejar seorang lagi penyamun yang memegang parang samurai,” katanya.

Menurutnya, dia bernasib baik apabila jeritannya didengari orang awam yang berada berdekatan kedai menyebabkan dua penyamun berkenaan bergegas melarikan diri menggunakan sebuah kereta.

"Mereka bagaimanapun sempat melarikan mesin duit dan saya anggarkan kerugian sekitar RM1,000," katanya.

Sementara itu, pekerjanya, D Sathiaraj, 16, berkata, pada masa kejadian, dia diarahkan ke belakang kedai oleh penyamun berkenaan, selain turut diacukan parang.

"Akibat terperanjat, saya telah melempang penyamun berkenaan terlebih dahulu, tapi saya dilempang semula.

"Bimbang dicederakan lebih teruk, saya segera menyelamatkan diri," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan ada menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Beliau berkata, gerakan mencari suspek kini sedang giat dijalankan.

Susulan kejadian berkenaan, katanya, sebuah kereta jenis Proton Wira turut ditemui terbakar di sebuah kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Ulu Kanchong, kira-kira

10 kilometer dari lokasi rompakan dalam tempoh kurang dua jam selepas kejadian.
“Kita syak kereta yang terbakar ini merupakan kenderaan curi. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun bersenjata,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook