Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Didakwa bunuh majikan

Dikirim oleh Warieh Sabtu, 1 Jun 2013


NOR AINNA HAMZAH
1 Jun 2013
Didakwa bunuh majikan
Pasangan suami isteri berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam atas tuduhan membunuh majikannya sendiri.
TAMPIN – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin di sini, semalam atas tuduhan membunuh seorang lelaki warga Pakistan, yang juga majikannya.

Pasangan berkenaan, Said Nabi Shah Said Bakshah Buner, 31, dan Yang Uteh Manap, 65, dituduh melakukan perbuatan berkenaan pada jam 1.30 pagi  4 April lalu di rumah No.13 Kampung Legong Ulu, Rembau.

Mengikut fakta kes, pasangan berkenaan dengan niat bersama melakukan kesalahan membunuh menyebabkan kematian ke atas seorang lelaki warga Pakistan bernama Fazli Subhan, 48.

Pasangan berkenaan dihadapkan ke mahkamah bagi kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukum gantung hingga mati.

Kedua pasangan yang memakai baju lokap berwarna oren dan tidak diwakili peguam hanya mengangguk tanda faham akan pertuduhan yang dibaca pegawai mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Zahid Ahmad memohon pihak mahkamah supaya kes berkenaan disebut semula bagi satu tarikh lain bagi menunggu laporan kimia dan dokumen berkaitan.

Malah, permohonan bagi jurubahasa Pakistan juga turut diajukan.

Majistret Mahyun Yusuf menetapkan kes ini disebut semula 2 Julai ini dan kedua-dua tertuduh diperintahkan ditahan di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Sinar Harian pada 22 Mei lalu melaporkan seorang lelaki warga Pakistan membunuh dan menanam majikannya di luar pagar rumah isterinya sendiri sebelum membuat laporan polis kononnya majikannya hilang sejak 5 April lalu.
Bagaimanapun, polis yang curiga dengan laporan dibuat lelaki menahannya untuk siasatan lanjut dan akhirnya membawa penemuan mayat seorang lelaki dipercayai majikannya tertanam di luar pagar rumah suspek di Kampung Lenggong Hulu di Kota, Rembau.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook