SEREMBAN – Seorang pekerja kedai makan didakwa di Mahkamah Sesyen, di
sini, semalam atas tuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur
di sebuah bilik tidak bernombor di Bandar Baru Nilai, akhir bulan lalu.
Tertuduh, Mohd Hanafiz Mohd Sanusi, 22, beralamat Taman Abadi Bandar Al Muktafi Billah Shah, Terengganu, menukar pengakuan daripada bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu di hadapan Hakim, Datin Nursinah Adzmi.
Dia dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan merogol yang memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di sebuah bilik tidak bernombor, tingkat 2, Jalan Bandar Baru Nilai 1/3 J, Bandar Baru Nilai dekat sini, pada akhir bulan lalu, kira-kira jam 8 hingga 9 pagi.
Timbalan Pendakwa Raya, Aznee Salmi Ahmad mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu wang jaminan dikurangkan memandangkan dia hanya berpendapatan RM750 sebulan.
Nursinah kemudiannya menetapkan jaminan RM8,000 dan sebutan kes 17 Julai depan.

0 Komen