Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pelajar tahfiz hilang tempat tinggal

Dikirim oleh Warieh Ahad, 9 Jun 2013


KHAIRULKHEIZA MOHD NAJIB
8 Jun 2013
Pelajar tahfiz hilang tempat tinggal
Shaifudin meneliti beberapa kitab dan dokumen penting yang terselamat dalam kebakaran tersebut
LABU - Seramai 20 pelajar Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad, di sini hilang tempat tinggal apabila sebahagian blok menempatkan asrama pelajar berkenaan terlibat dalam kebakaran, malam kelmarin.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9.30 malam di Batu 10, Jalan Labu itu turut memusnahkan bilik pengetua sekolah berkenaan.

Pengetuanya, Shaifudin Maulup, 38, bagaimanapun berkata, mujurlah tiada sesiapa di situ semasa kejadian berlaku berikutan kesemua 45 pelajar maahad tahfiz terbabit sedang bercuti sekolah.

“Ketika insiden berlaku, saya dan pembantu tadbir, Mohd Ezairy Ujang, 37, pula sedang menghadiri satu program ceramah keagamaan di Tampin sempena sambutan Israk Mikraj.

“Kami bergegas pulang selepas dimaklumkan isteri saya yang juga guru besar Sekolah Rendah Tahfiz Al-Quran Intergrasi Al-Irshad, Sharifah Norasyida Syed Nordin, 38, tentang kebakaran tersebut,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam. 

Menurut Shaifudin, sebaik sahaja tiba di sekolah berkenaan sekitar jam 11.25 malam, pihaknya mendapati api sudah pun dipadamkan oleh bomba, namun pelbagai kitab dan dokumen penting hangus dijilat api.

“Justeru, kita akan berbincang dengan ahli lembaga sekolah bagi mencari jalan menempatkan 20 pelajar lelaki terbabit yang berusia antara 14 hingga 15 tahun.

“Bagaimanapun, perkara ini agak sukar dilaksanakan memandangkan pihak sekolah sedang menghadapi masalah kewangan untuk membaik pulih bangunan berusia 56 tahun itu,” katanya.

Mengulas tentang bantuan orang ramai pula, Shaifudin berkata, pihaknya amat mengalu-alukan sebarang pertolongan atau derma bagi meringankan beban ditanggung .

“Orang ramai yang prihatin boleh menghulurkan sumbangan kepada pihak sekolah di alamat Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad, Batu 10, Jalan Labu, 71900 Labu yang boleh dihubungi melalui talian 06-7911141 atau 013-3991359.

“Selain itu, bantuan kewangan juga boleh disalurkan melalui nombor akaun Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) iaitu 05058010003417 atas nama Pusat Pendidikan Islam Al-Irshad,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi, Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran negeri, Jamaluddin Marawi berkata, pihaknya segera ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 9.47 malam.

“Sebanyak dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai membabitkan 12 anggota dikejarkan ke lokasi bagi menangani kebakaran tersebut.

“Selain itu, kita turut dibantu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dengan kekuatan lapan anggota, di mana menyaksikan kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh lima minit dan dipadam sepenuhnya 20 minit kemudian,” katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook