8 Jun 2013
Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, lelaki warga asing terbabit yang berusia 20-an dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Pekan Mantin.
Menurut sumber, sejurus sampai ke lokasi kejadian kereta dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang besar berhampiran deretan rumah kedai di pekan berkenaan.
“Ketika kejadian tiada lagi kedai di pekan berkenaan dibuka dan dua warga asing terbabit terpaksa menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap kereta.
“Sebaik sahaja mereka berjaya menyelamatkan diri, bahagian depan kereta terbabit mula terbakar. Mereka nyaris maut jika tidak sempat keluar,” katanya.
Menurutnya, seorang lelaki warga asing terbabit mengalami cedera ringan dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk mendapatkan rawatan.
Manakala satu jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.
Remarkable! Its really remarkable post, I have got much
clear idea concerning from this article.
Look into my homepage ... ecigaret