Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Selamatkan diri melalui tingkap kereta

Dikirim oleh Warieh Ahad, 9 Jun 2013


Wartawan Sinar Harian
8 Jun 2013
Selamatkan diri melalui tingkap kereta
Keadaan kereta yang dinaiki warga Afrika terbabit yang terbabas kemudian terbakar.
SEREMBAN – Dua lelaki warga Afrika sempat menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap apabila kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang sebelum bahagian depan kenderaan berkenaan terbakar dalam kejadian malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, lelaki warga asing terbabit yang berusia 20-an dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Pekan Mantin.

Menurut sumber, sejurus sampai ke lokasi kejadian kereta dinaiki mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke dalam longkang besar berhampiran deretan rumah kedai di pekan berkenaan.

“Ketika kejadian tiada lagi kedai di pekan berkenaan dibuka dan dua warga asing terbabit terpaksa menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap kereta.

“Sebaik sahaja mereka berjaya menyelamatkan diri, bahagian depan kereta terbabit mula terbakar. Mereka nyaris maut jika tidak sempat keluar,” katanya.

Menurutnya, seorang lelaki warga asing terbabit mengalami cedera ringan  dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk mendapatkan rawatan.

Manakala satu jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mantin bergegas ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran.

1 Responses to Selamatkan diri melalui tingkap kereta

  1. Tanpa Nama Says:
  2. Remarkable! Its really remarkable post, I have got much
    clear idea concerning from this article.

    Look into my homepage ... ecigaret

     

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com