6 Jun 2013
Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Unit Penguatkuasaan Sains dan Span diketuai Pegawai Bahagian Hal Ehwal Pengguna, Pengaduan dan Penguatkuasaan Span (Bhepp Span), Mohadir Hid yang melakukan pemeriksaan menyeluruh, kira-kira 11 pagi.
Pengurus Besar Sains, Zulkifli Ibrahim berkata, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati wujud penyambungan paip tanpa kebenaran di tapak projek terbabit.
“Ketika serbuan, penghuni premis didapati telah melakukan penyambungan tidak sah dengan menggunakan paip getah bersaiz 16 milimeter (mm).
“Siasatan penguatkuasaan mendapati bahawa bekalan air daripada penyambungan tersebut digunakan untuk membancuh simen bagi pembinaan banglo tersebut,” katanya di sini, semalam.
Menurutnya, dalam serbuan kedua pula, sebuah bengkel kimpalan di sini, diserbu kira-kira 1 petang, dipercayai melakukan sambungan paip secara haram.
“Penghuni premis didapati telah melakukan kesalahan membuat penyambungan tidak sah menggunakan paip mudah lentur bersaiz 12 mm.
“Pegawai penguatkuasa telah menjalankan ujian klorin di kedua-dua lokasi dan terbukti bekalan air yang digunakan di premis tersebut adalah air terawat milik Sains,” katanya.
SEREMBAN - Sebuah tapak pembinaan banglo dua tingkat dan bengkel kimpalan di Mantin dan Seremban disyaki mencuri air diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), semalam.
0 Komen