6 Jun 2013
Bagaimanapun, polis tidak menghadapi masalah untuk mengenalpasti pemandu berkenaan apabila plat pendaftaran kenderaan dijumpai bersebelahan mangsa yang terbaring atas jalan.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, lelaki berusia sekitar 60-an itu parah ketika mahu melintas jalan apabila diprecayai dilanggar sebuah kereta dari arah Mantin.
Menurut sumber, kejadian itu mengakibatkan mangsa melambung tinggi sebelum tercampak ke tepi jalan dan mengalami cedera parah pada bahagian kepala.
“Ketika kejadian hari hujan lebat berkemungkinan pemandu kereta berkenaan tidak nampak mangsa mahu melintas jalan. Mangsa kemudan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya.
Sumber berkata, pemandu kereta dan jenis kenderaan yang melanggar mangsa masih belum dapat dikenal pasti, namun nombor pendaftaran kereta terbabit didapati terjatuh bersebelahan mangsa.
“Dengan adanya nombor pendaftaran kereta itu membolehkan polis mengenal pasti pemiliknya dalam waktu terdekat,” katanya.
SEREMBAN – Mungkin disebabkan panik, seorang pemandu kereta bertindak melarikan diri selepas melanggar seorang warga emas yang hendak melintas di simpang Taman Asoka, Mantin, di sini malam kelmarin.
0 Komen