Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Empat beranak serta tiga ipar tinggal sehelai sepinggang

Dikirim oleh Warieh Isnin, 16 Mac 2015




SEREMBAN – Empat beranak serta tiga ipar tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Bukit Jong, Jalan Temiang, di sini, terbakar malam, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku ketika keluarga berkenaan keluar membeli makanan.

Mangsa, W Vasudewan, 49, berkata, ketika kejadian mereka sekeluarga keluar membeli makanan di Sri Pulai, Sikamat tidak jauh dari situ kira-kira jam 8.30 malam.

“Walaupun hanya mahu beli makanan, tapi isteri, dua orang anak saya dan tiga adik ipar semua pergi.

“Ketika di kedai makan, isteri saya beberapa kali ajak pulang kerana rasa tidak sedap hati. Tapi disebabkan orang terlalu ramai, kami terpaksa tunggu,” katanya.

Namun katanya, sebaik sampai di simpang jalan rumahnya dia terkejut selepas mendapati rumah yang dihuni sejak 20 tahun lalu itu terbakar.

Dia yang bekerja di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri tidak menyangka hanya dalam tempoh tiga jam meninggalkan rumah kejadian itu berlaku.

“Sebelum keluar rumah semua dalam keadaan baik, melainkan hanya lampu sahaja yang dipasang dan tak sangka pula dalam sekelip mata semuanya musnah.

“Kebiasaannya kami tidak keluar semua, tapi mungkin ini petunjuk bahawa kejadian malang ini berlaku,” katanya kepada Sinar Harian selepas dikunjungi Adun Kepayang, Ng Chin Tsai di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Mohd Azlee Mohd Arus berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan sampai 10 minit kemudian.

“Tiga jentera dari Balai Bomba Seremban dan Seremban 2 beserta 18 pegawai dan anggota dikerah ke lokasi bagi operasi memadam kebakaran.

“Sebaik kami sampai keadaan api sudah marak dan telah pun memusnahkan hampir 90 peratus bahagian rumah,” katanya.

Bomba mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran, namun kejadian itu menyebabkan keseluruhan rumah musnah.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com