Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Warga asing buat hal lagi di Seremban

Dikirim oleh Warieh Ahad, 15 Mac 2015





SEREMBAN – Seorang lelaki warga Myanmar ditahan selepas didapati menyimpan 12 spesies unggas dan haiwan liar dilindungi secara haram yang disembunyikan di sebuah premis di Batu 8 Jalan Seremban-Mantin, di sini.

 Lelaki berusia 20-an itu yang bekerja sebagai penjaga stor ditahan Khamis lalu, hasil serbuan sepasukan lima anggota penguatkuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan bersama tiga anggota polis.

Pengarah Perhilitan, Wan Mat Wan Harun berkata, hasil maklumat awam dan risikan pihaknya serbuan dilakukan terhadap premis terbabit didapati terdapat sebuah stor penyimpanan barang-barang pembinaan.

“Namun apabila kita buat pemeriksaan terdapat 12 spesies hidupan liar dilindungi dan dilindungi sepenuhnya di dalam garaj kayu berdekatan kabin stor di premis tersebut.

“Hidupan liar dilindungi sepenuhnya yang disembunyikan ialah burung helang jambul, burung bayan puling, burung merbah luris leher dan burung merbah jambul hitam. Manakala hidupan yang dilindungi pula ialah burung serindit, burung murai baru, burung tiong mas, ayam hutan dan seekor beruk,” katanya pada sidang media di sini.

Menurutnya, lelaki terbabit yang kini ditahan reman disiasat mengikut Seksyen 60(1)(a) kerana menyimpan spesies hidupan liar dilindungi tanpa lesen dan Seksyen 68(1)(a) bagi kesalahan menyimpan hidupan liar dilindungi sepenuhnya tanpa lesen.

 Wan Mat berkata, jika didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya bagi Seksyen 60(1)(a) dan didenda tidak melebihi RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi Seksyen 68(1)(a).

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com