Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



Kutipan wakaf perlu dapat kelulusan Mains

Dikirim oleh Warieh Selasa, 16 Februari 2016



SEREMBAN - "Sebarang kutipan sumbangan yang menggunakan perkataan wakaf perlu mendapat kebenaran dan kelulusan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains)," kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad berkata, perkara itu selaras dengan Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) yang diwartakan pada 2005 selain untuk mengelakkan ia daripada dimanipulasi pihak tertentu.
"Wakaf ialah hak mutlak Majlis Agama Islam negeri-negeri dan sebarang bentuk berkaitan agama, ia adalah hak mutlak Majlis Agama Islam.
"Sesiapa yang nak jalankan aktiviti wakaf, mereka ini mesti mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada Majlis Agama Islam tapi kebanyakkan yang kita dapati orang sewenang-wenangnya guna perkataan wakaf sebab sedap sikit dan orang lebih lembut sikit hatinya," katanya kepada pemberita selepas pelancaran kempen Wakaf al-Quran di sini, hari ini.
Mohamad berkata, Negeri Sembilan telah pun membangunkan satu bank data berkaitan wakaf bagi memastikan setiap sumbangan seperti hartanah yang diwakafkan dapat diuruskan dengan baik dan lebih sistematik.   
"Kita dah dapat semua data bank berkenaan maklumat wakaf baik tanah kubur, tanah surau atau tanah masjid dan juga wakaf-wakaf am yang diberikan kepada Majlis Agama Islam sama ada nak buat maahad atau apa itu terpulang kepada kita.
"Jadi, kita kategorikan beberapa sumbangan ini kepada dua iaitu wakaf khas dan wakaf am. Alhamdulillah, ia diuruskan oleh Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan," katanya.
Menyentuh mengenai program wakaf al-Quran yang akan diadakan sempena Tadarus dan Khatam al-Quran Perdana 2016 anjuran Persatuan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (Pekerti), Mohamad berkata ia adalah kesinambungan program yang pernah diadakan tahun lalu.
Pada kali ini Pekerti menyasarkan dan menyasarkan lebih 50,000 penyertaan daripada pelbagai pihak ke program itu.
"Program tadarus dan khatam al-Quran ini adalah lanjutan daripada program tahun lalu. Acara kemuncak ialah nanti pada 17 Ramadan (22 Jun) akan diadakan satu majlis khatam perdana oleh semua peserta tadarus secara serentak di seluruh negeri ini.
"Hari ini Alhamdulilah, hari pertama kita lancar program wakaf al-Quran kita berjaya kumpul hampir RM1 juta sumbangan daripada pewakaf. Saya galakkan orang ramai untuk mewakaf dalam program yang dianjurkan Pekerti," katanya.
Program itu antara lain bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peserta tentang kepentingan menghidupkan bulan Ramadan dengan al-Quran selain menanam semangat cintakan al-Quran.
Turut hadir Yang Dipertua Pekerti, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin. - Bernama

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook

    Liga Perdana (Hobin Jang Hobin)

    Standings provided by whatsthescore.com