Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Pelajar agama perlu serba boleh

Dikirim oleh Warieh Isnin, 31 Mei 2010

Penuntut IPA disaran kuasai sains, teknologi tingkatkan bilangan profesional

SENAWANG: Kerajaan negeri mahu lebih ramai pelajar institusi pendidikan agama (IPA) di negeri ini menguasai bidang sains dan teknologi bagi meningkatkan bilangan profesional berlatar belakang agama di negeri ini pada masa depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli, berkata pelajar aliran agama tidak semestinya mengikuti bidang agama di institusi pengajian tinggi (IPT) dan kemudian menjadi imam atau pegawai agama seperti yang berlaku sebelum ini.

Katanya, pelajar aliran agama mampu mengikuti bidang ilmu lain dan seterusnya menjadi golongan profesional berjaya.

“Ini yang menyebabkan kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu menghantar 150 pelajar IPA yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti pengajian bukan agama, terutama perubatan ke negara Timur Tengah setiap tahun,” katanya pada majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik IPA di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pagi, di sini.

Shamsulkahar berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan prestasi mereka di luar negara dan yakin selepas tamat pengajian serta pulang ke negara ini, mampu menjadi profesional setanding atau lebih baik berbanding graduan bukan IPA.

Pada majlis itu, 157 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Kelas Aliran Agama (KAA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menerima anugerah kerana berjaya dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).
Satu kategori baru turut diperkenalkan tahun ini, iaitu Anugerah Guru Kreatif, untuk guru yang berjaya menarik minat pelajar mengikuti pengajaran menerusi pelbagai kaedah hingga meningkatkan prestasi pelajar dalam subjek itu.

SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban, mencatatkan bilangan pelajar paling ramai memperoleh 9A dalam PMR, iaitu 51 orang, diikuti SMKA Pedas, Rembau seramai 26 pelajar.

Bagi KAA, antara sekolah memperoleh keputusan cemerlang PMR, ialah SMK Datuk Shahardin dan SMK Seri Pagi, SMK Tunku Besar Burhanuddin serta SMK Serting Hilir Kompleks.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook