Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


MPS baiki 10 padang permainan setiap tahun

Dikirim oleh Warieh Isnin, 31 Mei 2010

MPS baiki 10 padang permainan setiap tahun


2010/05/31
KEADAAN taman permainan Garden Avenue di Seremban 2 yang sudah diperbaiki MPS.
KEADAAN taman permainan Garden Avenue di Seremban 2 yang sudah diperbaiki MPS.
SEREMBAN: Majlis Perbandaran Seremban (MPS) membaiki sekurang-kurangnya 10 padang permainan taman perumahan setiap tahun akibat pelbagai kerosakan akibat vandalisme yang dilakukan segelintir penduduk yang tidak bertanggungjawab.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif, berkata kerja pembaikan itu bergantung kepada kemampuan kewangan, tetapi pihaknya sedaya upaya melakukannya kerana tidak mahu pemandangan taman perumahan terbabit tercemar.
Selain itu, katanya, apa yang lebih penting, tindakan itu diambil bagi menjamin keselamatan penduduk kerana peralatan permainan rosak boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak yang bermain di situ

“MPS kesal dengan sikap segelintir penduduk terbabit kerana menyusahkan sebahagian besar penduduk taman perumahan terbabit.

“Oleh itu, saya mengharapkan kerjasama persatuan penduduk di kawasan MPS supaya bergerak aktif untuk menangani perbuatan vandalisme sebelum masalah ini menjadi lebih parah dan sukar ditangani,” katanya.

Abd Halim berkata, usaha menjaga keindahan dan kebersihan, termasuk di taman perumahan adalah tanggungjawab semua pihak dan tidak seharusnya diserahkan sepenuhnya kepada MPS supaya matlamat menjadikan bandar ini bersih, indah dan selesa didiami dapat dicapai.

Sementara itu, katanya, antara padang permainan taman perumahan yang akan dibaiki adalah Garden Avenue di Seremban 2.
“Hasil siasatan MPS mendapati peralatan permainan di taman itu rosak akibat perbuatan vandalisme menyebabkan kemudahan di situ tidak selamat digunakan,” katanya.

Berita Harian sebelum ini melaporkan banyak peralatan di padang permainan Garden Avenue mengalami kerosakan menyebabkan penduduk memohon MPS supaya membaiki bertindak segera membaiki kerosakan itu.

Nur Farzira Liana Karim, 24, berkata penduduk Garden Avenue yang mempunyai anak kecil kini tidak lagi perlu bimbang dengan keselamatan anak mereka ketika bermain di padang permainan selepas kerja membaiki kerosakan siap.

Pada masa sama, katanya, setiap penduduk perlu bekerjasama menjaga peralatan di padang itu dengan menjadi `mata dan telinga' kepada MPS.

"Penduduk perlu tegur dan jika perlu melaporkan kepada pihak berkuasa jika melihat sesiapa saja merosakkan peralatan permainan atau kemudahan awam lain seperti pondok telefon dan papan tanda jalan yang sering menjadi mangsa contengan," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook