Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Penginapan eksklusif di The Hibiscus Garden Chalets

Dikirim oleh Warieh Selasa, 1 Jun 2010

TELUK KEMANG 31 Mei - Projek pembangunan The Hibiscus Garden Chalets di Port Dickson, dekat sini dijangka siap menjelang Julai 2011 dan menjadi satu lagi projek di bawah pengurusan The Legend Group Of Hotel & Resort.

Pemajunya, Kuala Lumpur Metro Group yang membangunkan projek hotel bertaraf lima bintang itu bakal menyiapkan 74 unit, di mana setiap unit mempunyai hak eksklusif kolam renang persendirian dan landskap taman yang indah.

Pengerusi Kuala Lumpur Metro Group, Datuk Mat Hassan Esa berkata, projek itu merupakan sebahagian dalam pakej The Legend International Water Homes yang sudah pun siap dengan 234 unit keseluruhannya.

''Projek The Hibiscus Garden Chalets merupakan fasa kedua dalam pembangunan The Legend International Water Homes.

''Sebelum ini, telah juga dibangunkan The Legend Water Chalets pada 2003 dengan sejumlah 273 unit," katanya semasa berucap pada majlis perasmian The Hibiscus Garden Chalets di Port Dickson, dekat sini hari ini

Projek fasa kedua itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini.

Kata Mat Hassan, The Hibiscus Garden Chalets itu mempunyai konsep berbeza di mana ia terletak di daratan tetapi dikelilingi dengan taman yang indah dan permai.

''Buat masa ini, sebanyak 45 peratus iaitu 33 unit daripada 74 yang sedang dibina sudah pun dijual dengan sasaran pembelinya datang dari negara Hong Kong, Singapura, Macau, China dan negara-negara Teluk," katanya.

Tambah Mat Hassan, selain Legend Water Chalets dan Legend International Water Homes itu, pihaknya juga mendapat permintaan yang baik di kalangan pembeli dari 34 buah negara.

''Majoritinya dari United Kingdom, Hong Kong dan Singapura, selain Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Afrika Selatan dan Australia," ujarnya.

Antara tarikan yang terdapat pada unit hotel dan resort ini adalah aspek reka bentuknya yang dibina dengan konsep Bali.

''Projek The Legend International Water Homes yang merupakan calet di atas air itu telah meraih anugerah CNBC International Property Award bagi pengiktirafan Best Architecture dan Best Development 2007.

''Manakala The Hibiscus Garden Chalets baru sahaja meraih anugerah Asia Pacific Commercial Property Award tajaan Bloomberg Television di Hong Kong," ujar Mat Hassan.

Unit itu dibuka untuk jualan dengan nilai permulaan sebanyak RM550,000 dengan jaminan pulangan sebanyak 12.5 peratus setahun.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook