Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


NS hilang penjaga gol utama

Dikirim oleh Warieh Rabu, 7 September 2011 0 Komen

http://mstar.com.my/archives/homepage/2009/7/18/manu4.jpg

PETALING JAYA - Juara 2009, Negeri Sembilan terpaksa membayar harga yang mahal sebelum memastikan tiga mata milik mereka dalam perlawanan bola sepak Kumpulan B Piala Malaysia 2011 dengan menewaskan PKNS 2-1 di Stadium MBPJ, semalam.

Biarpun mendahului 2-1, mereka kehilangan penjaga gol utama, Mohd. Farizal Marlias yang dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan pemain tuan rumah, Mohd. Ashidi Dilashari pada minit ke-53 di luar petak penalti.

Namun tuan rumah yang dibimbing Abdul Rahman Ibrahim gagal menyudahkan sepakan percuma yang diberikan pengadil Mohd. Zamzaidi Khatimin sejurus kemudian.

Skuad pelawat pula menarik nafas lega kerana berjaya mengekalkan kedudukan dan tiga mata berharga itu hasil jaringan Hairuddin Omar dan Shahurain Abu Samah masing-masing pada minit ke-14 dan ke-44.

Tuan rumah PKNS mengejutkan Negeri Sembilan dengan membuka tirai gol menerusi Mohd. Norhafiszuan Jailani yang menafaat gawang pelawat yang terbuka.

Pemain berjersi nombor 17 itu menjaringkan gol pada seawal minit ketujuh menerusi tendangan lambung setelah penjaga gol, negeri sembilan, Mohd. Farizal Marlias keluar jauh dari pintu golnya untuk menumbuk percubaan awal lawan.

Negeri Sembilan bagaimanapun tidak berputus asa untuk menyamakan kedudukan apabila penyerang, Hairuddin Omar terlajak untuk menyambut bola yang melintas di hadapan pintu gol tuan rumah hasil umpanan dari sebelah kanan

Permainan kemudiannya cuba dikuasai anak buah Azraai Khor Abdullah sehingga minit ke-14 menyaksikan gol yang dicari-cari menjelma daripada sepakan percuma jarak jauh oleh ketua pasukan, Muhamad Shukor Adan.

Hairuddin menebus kehampaan awal itu dengan menanduk tajam hantaran Shukor lalu menerjah ke sudut kiri gol PKNS.

Permainan kemudian menjadi agak hambar apabila kurangnya cubaan merbahaya disasarkan ke gawang lawan dan keadaan itu berterusan selama hampir setengah jam.

Skuad Rusa menemui gol dan menghampiri tiga mata yang diburu menerusi rembatan tajam Shahurain Abu Samah setelah mendapat hantaran jauh dari sebelah kanan untuk menjadikan kedudukan berpihak kepada pelawat 2-1.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/3/3c/Esso_gas_station_finland.png
Oleh Ahmad Farizal Hajat
ahmadfarizal@bharian.com.my
2011/09/07

Nafi mahu tutup loji penapisan di Port Dickson, berhentikan pekerja

BOUSTEAD Holdings Bhd (BHB) berkata, ia sudah mengemukakan tawaran harga berdaya saing dalam bidaan dikemukakannya bagi membeli perniagaan hiliran ExxonMobil International Holdings Inc di negara ini.
Syarikat dikuasai Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) itu menjelaskan bida yang dikemukakannya kepada ExxonMobil pada Julai lalu itu meliputi cadangan membeli 65 peratus ekuiti ESSO Malaysia Bhd, 100 peratus ekuiti dalam ExxonMobil Malaysia Sdn Bhd serta 100 peratus ekuiti dalam ExxonMobil Borneo Sdn Bhd.
Katanya, bagi tawaran membeli 65 peratus ekuiti ESSO Malaysia, harga dikemukakannya sudah mengambil kira kepentingan pemegang saham minoriti dengan berlandaskan harga purata saham syarikat peruncitan minyak itu bagi tempoh antara 3 Januari hingga 30 Jun lalu pada RM3.943 sesaham.

Ia turut menafikan mempunyai hasrat untuk menutup loji penapisan milik ESSO Malaysia di Port Dickson atau memberhentikan mana-mana petugasnya.

Sebaliknya, katanya, bidaan yang dikemukakan itu dibuat berdasarkan kesinambungan perniagaan, yang mana loji itu akan beroperasi seperti biasa.

“BHB mendapati terdapat maklumat tidak tepat seperti yang dilaporkan, justeru ingin membuat penjelasan,” kata syarikat itu dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia semalam, merujuk kepada kenyataan ExxonMobil di satu sidang akhbar pada 28 Ogos lalu.
Pada sidang akhbar itu, Naib Presiden ExxonMobil, Stafford T Kelly, berkata penjualan pegangannya dalam ESSO Malaysia kepada San Miguel Corp dilakukan kerana konglomerat Filipina itu menawarkan harga tertinggi iaitu RM3.50 sesaham atau RM614.25 juta berserta pakej terbaik.

Katanya, pakej dimaksudkan itu termasuk ketersediaan San Miguel meneruskan operasi dua loji penapisan minyak syarikat itu di Port Dickson, Negeri Sembilan, sambil menjamin peluang pekerjaan buat 750 kakitangan tempatan ExxonMobil sedia ada.

Beliau juga menjelaskan, ExxonMobil sudah melakukan proses secara terbuka serta adil, dan sudah memaklumkan kepada semua pihak berminat bahawa hanya tawaran bagi pakej keseluruhan (iaitu membabitkan ESSO Malaysia, ExxonMobil Malaysia dan ExxonMobil Borneo) akan dilayan.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika ditanya mengenai perkembangan penjualan itu berkata, kementeriannya setakat ini masih belum menerima permohonan rasmi daripada ExxonMobil perkara itu.

“Jika kita sudah menerima permohonan itu, kementerian akan menimbang cadangan pelupusan kepentingan itu dengan teliti, dengan mengambil kira semua aspek dan kepentingan. Setakat ini kementerian belum menerima sebarang dokumen permohonan dari kedua-dua syarikat itu,” katanya ketika ditemui selepas dialog sehari antara kementeriannya dengan pengendali taman industri halal, pengendali logistik halal dan pemaju swasta di Kuala Lumpur, semalam.

Beberapa pihak sebelum ini membantah langkah ExxonMobil menjual ekuiti dalam ESSO Malaysia itu kepada sebuah syarikat asing kerana berpendapat perniagaan peruncitan minyak yang dianggap sebagai aset strategik negara seharusnya dikuasai oleh syarikat tempatan.

Harga yang dikemukakan syarikat Filipina itu juga menjadi isu kerana ia adalah 29 peratus lebih rendah berbanding harga ESSO Malaysia pada sesi akhir dagangan di Bursa Malaysia ketika pengumuman penjualan itu dibuat pada 18 Ogos lalu, iaitu RM4.95 sesaham.

Padah buat pusingan U

Dikirim oleh Warieh 0 Komen



TELOK KEMANG – Sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di laluan garis berkembar di Batu 9 Jalan Pantai Port Dickson mengundang padah apabila dirempuh sebuah motosikal.

Sinar Harian difahamkan, kereta itu yang dipandu oleh seorang lelaki dari arah Pasir Panjang membuat pusingan U dan sebuah motosikal turut datang dari arah sama tidak dapat mengelak lalu merempuh kenderaan terbabit.

Rempuhan yang berlaku di bahagian pintu tempat duduk pemandu mengakibatkan penunggang motosikal mengalami kecederaan serius di bahagian kepala.

Mangsa seorang lelaki berusia 20-an itu kemudian dikejarkan ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut. Manakala pemandu kereta tersebut cedera ringan dan membuat laporan di balai polis berhampiran.

Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali Mat berkata, dia berselisih dengan mangsa dan melihat insiden itu.

“Mujur rakan saya pakai topi keledar, jika tidak pasti keadaan lebih parah,” katanya.



NILAI - Sebuah bangunan yang menempatkan Klinik Ibu dan Anak dalam kawasan Klinik Kesihatan Nilai dekat sini terbakar, kira-kira jam 7 pagi semalam.

Kakitangan klinik yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 30-an, berkata, dia melihat asap keluar daripada salah satu blok bangunan ketika bersiap untuk bertugas.

“Saya cuba buka klinik tetapi terkejut sebaik ternampak asap keluar dari tingkap. Saya terus hubungi rakan di blok bersebelahan sebelum hubungi bomba.

“Kebakaran menyebabkan pejabat ketua jururawat dan dua bilik rawatan rosak teruk namun tiada pesakit atau jururawat berada di dalam bangunan ketika kejadian kerana klinik masih belum dibuka,” katanya.

Menurut Siti, Klinik Ibu dan Anak terpaksa ditutup sementara dan orang ramai boleh berurusan di klinik lain yang berdekatan.

Sementara itu, Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mohd Nasir Talib berkata, sebuah jentera dan empat anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas panggilan kecemasan diterima.

“Api marak membakar sebuah blok di dalam kawasan Klinik Kesihatan Nilai semasa kami tiba. Kebakaran berjaya dikawal dalam masa lima minit.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan. Punca kejadian dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Kereta dicuri ketika rehat

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


PORT DICKSON – Rehat seorang lelaki pada tengah hari, kelmarin terganggu apabila dia didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau yang kemudiannya melarikan kereta miliknya.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh (gambar) berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari di Kuala Lukut.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa sedang berehat di dalam keretanya dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang mengetuk tingkap keretanya.

“Lelaki itu memberitahu bahawa dia mahu menarik kereta tersebut kerana sudah lama tidak dibayar, walau bagaimanapun mangsa memaklumkan keretanya sudah habis dibayar,” katanya.

Baljeet berkata, lelaki itu kemudian mengeluarkan pisau dan diacukan ke leher mangsa sebelum mengarahkannya keluar dari kereta.

“Lelaki yang datang dengan sebuah kereta bersama empat lagi rakannya melarikan kereta mangsa jenis Perodua Kancil nombor pendaftaran NBN 4561 berwarna silver,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 397 Kanun Keseksaan bagi rompakan berkumpulan dan rompakan dengan bersenjata.

“Mangsa yang berusia 37 tahun menanggung kerugian mencecah RM20,000,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu dan tahu di mana kereta mangsa boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 06-6472222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan polis.

Ibu rayu sumbangan

Dikirim oleh Warieh 0 Komen



REMBAU – Seorang ibu enggan berputus asa, sebaliknya berusaha merayu sumbangan orang ramai dan dermawan bagi membantu menampung kos pembedahan anaknya yang menderita jantung berlubang.

Ezzatul Zurin Mohd Zain, 24, berkata, anaknya, Erieka Suhana Amarrusdee, 4, pernah menjalani pembedahan ketika berumur setahun setengah untuk memasang tiub kerana berdepan masalah saluran darah sempit.

Menurutnya, anaknya kini perlu menjalani pembedahan kali kedua di Institut Jantung Negara (IJN) untuk menukar tiub baru di :baha�gian jantungnya.

“Bagaimanapun, anak saya memerlukan RM15,000 untuk membolehkan :pembedahan ini dilakukan.

“Pada mulanya, kos pembedahan dianggarkan RM30,000 termasuklah kos bedah, caj katil, makanan, ubat-ubatan dan lain-lain rawatan serta ujian. Bagaimanapun, saya hanya diminta membayar separuh sahaja daripada jumlah berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian di Kampung Pilin, di sini.

Namun bagi Ezzatul Zurin, jumlah itu masih terlalu besar buatnya dan tidak mampu disediakan, lebih-lebih lagi suaminya hanya bergantung kepada pendapatan bekerja di sebuah kedai 24 jam di daerah ini.

“Saya pula terpaksa berhenti kerja kerana anak saya memerlukan perhatian yang rapi.

“Pembedahan ini perlu diteruskan atas faktor usia Erieka, menyebabkan tiub yang dipasang harus ditukar bagi mengelakkan komplikasi dalam badan,” katanya.

Menurutnya, setiap enam bulan sekali, dia dan suami akan membawa anaknya ke IJN untuk menerima rawatan serta membeli ubat dengan kos RM450.

“Sebelum ini saya ada menerima sumbangan RM500 daripada wakil rakyat kawasan tetapi masih belum mencukupi.

“Saya juga ada memohon bantuan kewangan dari Pusat Zakat Negeri Sembilan tetapi sehingga kini masih tiada jawapan,” katanya.

Ezzatul Zurin berkata, dia turut memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi tidak diluluskan kerana anaknya belajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan diberi elaun RM150 sebulan.

“Saya amat berharap ada pihak sudi membantu dan sumbangan boleh disalurkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (0530041000031684) atas nama saya atau hubungi terus talian 012-344 3904,” katanya.

Tidak boleh bercakap, gerak

Dikirim oleh Warieh 0 Komen



SERI PANDAN – Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah boleh digambarkan apabila melihat penderitaan dialami seorang warga emas, Samsudin Bador, 67, yang tidak boleh bercakap dan bergerak sejak 11 bulan lalu.

Siti Halimah Dollah, 64, berkata, sebelum ini, suaminya sudah banyak menerima rawatan tetapi masih begitu.

Malah menurutnya, suaminya kini juga perlu bergantung kepada alat pernafasan kerana mengalami penyakit asma kronik.

“Kadangkala kasihan melihat dia hanya terlantar di atas katil sahaja,” katanya yang memiliki enam anak.

Siti Halimah berkata, walau bagaimanapun, suaminya masih lagi mengenalinya dan anak-anak.

“Walaupun tidak mempunyai selera makan tetapi dia tetap kuat untuk mengharungi penderitaan ini. Itu sudah memadai bagi saya.

“Saya sentiasa memberi kata-kata semangat untuk dia terus kuat dan cepat sembuh,” katanya.

Katanya, dia juga bersyukur kerana kerajaan tidak henti-henti menyalurkan bantuan kepada suaminya.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Adun Juasseh, Datuk Mohammad Razi Kail dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Seri Pandan, Suhaimi Isa kerana mengambil berat tentang keluarga saya.

“Saya berharap usaha seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa supaya lebih ramai masyarakat kurang bernasib baik dibela,” katanya.



KUALA KLAWANG - Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu menetapkan matlamat untuk mencapai pembangunan yang holistik dan seimbang dari segi ekonomi, sosial serta fizikal menjelang 2020.

Pegawai Daerah Jelebu, Zulkifli Baharan berkata, sehubungan itu, pihaknya sentiasa merancang, mengurus dan memantau pentadbiran di daerah ini.

Menurutnya, bagi mencapai matlamat itu, ia perlu bermula dengan pembangunan modal insan iaitu perkhidmatan yang berkualiti dalam kalangan kakitangan jabatannya.

“Kita sudah menggariskan enam objektif strategik bagi menjadikan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu antara terbilang dalam menguruskan pentadbiran daerah di Malaysia pada 2020,” katanya kepada Sinar Harian.

Zulkifli berkata, antara objektif strategik itu termasuklah memperkasakan pengurusan tanah ke arah memenuhi keperluan masyarakat.

“Selain itu, objektifnya juga memperkasakan keupayaan dan kapasiti organisasi bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, tadbir urus organisasi juga diperkasakan dan pembudayaan nilai-nilai murni dalam kalangan kakitangan turut diterapkan bagi mencapai kecemerlangan organisasi.

“Kita juga giat mempertingkatkan kemudahan dan infrastruktur awam bagi mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat.

“Selain itu, pembangunan bandar, desa dan pengukuhan sosioekonomi secara holistik bagi kemakmuran masyarakat serta mengekalkan persekitaran lestari turut diberi perhatian,” katanya.

Katanya, isu keselamatan dan ketenteraman awam juga diberi perhatian bagi mengekalkan perpaduan dan keharmonian masyarakat di daerah ini.

Sasar 3,400 tan buah-buahan

Dikirim oleh Warieh 0 Komen

http://arfahrahman.blogdetik.com/files/2011/06/fruit-11.jpg

SEREMBAN 6 Sept. – Program Negeri Sembilan sebagai Kebun Buah-buahan dijangka bakal menampakkan keberkesanannya dengan jangkaan penghasilan 3,400 tan dalam tempoh dua hingga lima tahun akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat berkata, program berkenaan baru sahaja di peringkat pelaksanaan dan kesan ekonominya hanya akan diketahui dalam tempoh berkenaan.

Ujar beliau, di bawah program ini, setiap rumah kampung dan taman-taman telah dibekalkan dengan dua anak pokok buah-buahan berserta baja kimia sebanyak 500 gram selain baja organik seberat 2 kilogram.

“Jenis pokok buah-buahan yang dibekalkan adalah manggis, nangka, mangga, jambu batu, jambu air, pulasan, kelapa, limau kasturi, limau nipis dan durian belanda.

“Sehingga Jun 2011, sebanyak 30,010 pokok buah-buahan pelbagai jenis telah diedarkan kepada 15,005 orang peserta setakat ini,” katanya di sini, hari ini.

Jelas Yunus, keberkesanan program ini diukur mengikut agihan yang disasarkan berjumlah 163,520 pokok yang setakat ini telah diedarkan kepada orang ramai sebanyak 43,142 pokok di seluruh daerah negeri ini dan bakinya akan selesai diedarkan akhir tahun ini.

Tambahnya, tumpuan masa ini adalah untuk meningkatkan bilangan peserta dan penambahan bilangan anak pokok yang akan ditanam di samping memastikan pokok yang dibekalkan dapat ditanam dan dibuat penjagaan yang secukupnya.

“Melalui program ini, kita menjangkakan matlamat yang dicapai akan memenuhi sasaran dan kita akan melaksanakannya dengan terbaik mungkin bagi memastikan program ini dapat memenuhi keperluan yang dihasratkan oleh kerajaan negeri.

“Malah kita berharap, masalah kebergantungan buah-buahan tempatan yang diimport dari negeri-negeri lain dapat dikurangkan sekali gus dapat memenuhi keperluan orang ramai di negeri ini dan sekitar Lembah Klang,” ujar beliau.

Waspada hamper tamat tempoh

Dikirim oleh Warieh 0 Komen


SEREMBAN 6 Sept. - Orang ramai dinasihat supaya tidak tertipu dengan tindakan licik segelintir pasar raya dan kedai runcit di negeri ini yang mengambil kesempatan sempena musim perayaan untuk menjual hamper mengandungi barangan makanan yang sudah tamat tempoh.

Ingatan itu diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi yang meminta orang ramai tidak ghairah membeli hamper tanpa memeriksa terlebih dahulu.

Katanya, taktik berkenaan dilihat sebagai cara peniaga untuk menghabiskan stok-stok lama jualan barangan mereka kerana pembeli tidak dapat melihat satu persatu setiap barang yang telah dibalut menjadi set hamper musim perayaan.

''Kita tidak nafikan perkara itu mungkin berlaku di beberapa buah pasar raya dan kedai runcit di negeri ini kerana itulah cara mereka untuk menghabiskan stok lama melalui bungkusan hamper yang menarik buat pengguna.

''Apatah lagi apabila tibanya musim Aidilfitri, orang ramai masing-masing mengambil cara mudah dengan memberikan hamper ketika mengunjungi rumah terbuka," katanya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, kata Hasim, orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa terlebih dahulu isi kandungan hamper berkenaan bagi mengelakkan mereka terus ditipu oleh peniaga yang mementingkan keuntungan semata-mata.

''Kita juga menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri sekiranya berlaku sebarang penipuan di kalangan peniaga," katanya.



Mi segera yang bersawang dan berulat yang dibeli oleh Syed Mazlan Syed Zubir di sebuah pasar raya di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 6 Sept. - Seorang kakitangan kerajaan terkejut selepas salah satu bungkusan mi segera berjenama terkemuka yang dibelinya di sebuah pasar raya di sini didakwa bersawang dan berulat.

Syed Mazlan Syed Zubir, 42, berkata, kejadian berkenaan disedari oleh isterinya ketika hendak menyediakan hidangan itu kepada anak perempuannya yang berusia enam tahun baru-baru ini.

"Setelah memeriksa dengan teliti, saya dapati ada benda asing menyerupai sawang labah-labah dan ulat berada di permukaan mi segera itu," katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan tarikh luput yang tertera pada pembungkus mi segera itu adalah pada 11 September ini.

"Agak trauma juga saya selepas ini untuk menikmati mi segera tersebut kerana bimbang mengandungi ulat," dakwanya.

Syed Mazlan berkata, syarikat pengeluar mi segera tersebut perlu menjalankan pemeriksaan secara lebih teliti dan kerap ke atas produk makanan mereka yang dijual bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook