Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


20 penduduk Kampung Merbah Indah terima sumbangan

Dikirim oleh Warieh Isnin, 12 Disember 2011


SEREMBAN 11 Dis. - Seramai 20 penduduk Kampung Bukit Merbah Indah dekat sini menerima sumbangan di bawah program Pautan Kasih Ziarah Mesra semalam.

Bantuan itu disediakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) melalui Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

Bantuan berupa barangan makanan dan wang tunai itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail.

Menurut Mohammad Razi, program tersebut bertujuan mengurangkan beban rakyat khususnya golongan miskin tegar.

''Saya berharap penduduk kampung mendapat pembelaan sewajarnya terutama yang susah dan miskin kerana inisiatif itu selari dengan hasrat kerajaan dalam membantu mereka.

''Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kampung itu juga diharapkan dapat bekerjasama dengan memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk dengan menyelami masalah yang dihadapi mereka," katanya semalam.

Turut hadir Penyelaras Pusat Khidmat BN DUN Sikamat, Taslim Khan Kutob Din dan Pengerusi JKKK Bukit Merbah Indah, Jaafar Jantan.

Dalam pada itu, penerima sumbangan, Normah Nordin, 82, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak Kemas atas sumbangan tersebut.

''Saya tidak menyangka akan menerima kunjungan pemimpin yang prihatin dengan kehidupan kami," jelasnya.

Bagi Uzir Idrus, 50, dia amat berterima kasih kepada wakil rakyat yang datang untuk menyalurkan bantuan berkenaan.

''Bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu saya mengurangkan beban hidup," katanya.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook