Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2


Remaja maut motosikal rempuh lori

Dikirim oleh Warieh Isnin, 12 Disember 2011


SEREMBAN 10 Dis. - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 266.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini, semalam.

Dalam kemalangan pukul 6 pagi itu, mangsa, Amirul Hakim Suhaimi, 18, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di kepala dan badan.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 125Z itu datang dari arah Seremban dan menuju ke rumahnya di Kampung Pelegong, Labu, dekat sini.

Jurucakap polis memberitahu, ketika kejadian mangsa dikatakan bersama beberapa rakannya yang menunggang motosikal berasingan dan baru selesai minum di sebuah restoran di bandar ini.

"Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh belakang lori yang berada di laluan paling kiri.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak di atas lebuh raya sebelum meninggal dunia di tempat kejadian," katanya di sini semalam.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh keluarga.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook