Aktiviti Nogori

untuk makluman sebarang aktiviti di Negeri Sembilan hantarkan maklumat anda ke bukuone@gmail.com

featured-content2

featured-content2

http://beritan9.blogspot.com/2011/12/agihan-zakat-asnaf-mualaf-ditambah.html

featured-content2

featured-content2



SEREMBAN 18 Jan. - Pelbagai acara menarik menanti para pengunjung Karnival Tahun Baharu Cina Bersama Proton Negeri Sembilan yang diadakan di pusat beli-belah, Seremban Parade di sini hari ini.
Pengurus Operasi Cawangan, Cawangan Pemasaran Seremban, Proton Edar Sdn. Bhd., Abdul Khaliq Rahmat berkata, karnival itu yang akan berlangsung sehingga Ahad ini dibuka kepada orang ramai bermula pukul 10 pagi hingga 8 malam.
Beliau berkata, matlamat utama penganjuran karnival itu adalah bagi meningkatkan jualan kereta Proton selain mengeratkan hubungan dengan orang ramai.
"Selain itu, kita juga mengambil peluang memperkenalkan kenderaan pelbagai guna (MPV), Exora Bold Standard CFE yang dilancarkan 11 Januari lalu," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di tapak karnival tersebut.
Menurutnya, antara acara yang disusun sepanjang karnival itu ialah pameran kereta model Proton dan kereta pandu uji, Kuiz Proton Ria, persembahan nyanyian, konvoi bersama Proton SDMC dan konvoi bersama Kelab Persona.
Bagi memeriahkan karnival itu, tambahnya, pihaknya turut mengadakan cabutan bertuah yang menawarkan dua unit televisyen LCD dan hadiah misteri.
"Karnival ini turut menganjurkan kempen kutipan Amal Palestin bagi memudahkan orang ramai beramal semasa mengunjungi acara ini," ujarnya.
Abdul Khaliq menarik perhatian, wakil beberapa institusi kewangan tempatan dan syarikat insurans turut mengambil bahagian dalam karnival itu bagi memudahkan pengunjung membuat pertanyaan mengenai pembiayaan dan insurans kenderaan Proton.
"Kami berharap orang ramai akan mengambil peluang mengunjungi karnival ini bagi melihat dan membuat pertanyaan mengenai model-model kereta yang ditawarkan Proton serta memandu uji kereta tersebut," ujarnya.
Beliau berkata, pihaknya berharap menjual kira-kira 100 kereta keluaran Proton sepanjang tiga hari karnival itu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Selatan/20130119/ws_03/Karnival-Tahun-Baharu-Cina-Proton-Negeri-Sembilan-bermula-hari-ini-sehingga-Ahad#ixzz2IR0ODiCB
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 Komen

Catat Ulasan

Kalau raso nak komen boleh yor...mano la tau kot-kot ado yang ngomen eh tue ado pakedah eh pado warieh yang lain.. bilo dah ngomel tue tanggungjawab sendiri la yor..

Carian

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan

    Temui kami di facebook